Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

What is your LOVE language?

Assalamualaikum wbt..


What is your love language? 


Pembuka kata je dah sergah orang dengan soalan. Ampunnnn... Hah, apekah itu love language? love language tu ialah bahasa cinta.. hahaha.. yes, i know the definition doesn't help much sebab tu just translation bukan definition pun =P hehehe..

Actually I should write about this earlier. Right after I attended Seminar Baitul Muslim hari tu. Tapi sebab emmmm, tak mau lah list down kan alasan yang bertimbun tu. =P Jom la sambung cerita about bahasa cinta.. hahaha..

Thanks to Kak Wardina Safiyyah yang share about this. Seriously, sebelum ni tak pernah tahu rupanya encik Gary Chapman dah keluarkan buku tentang 5 Love Languages. Dia dah buat kajian about it. Cool Encik Gary!! Boleh la saya guna untuk pikat hati orang2 yang saya sayang. hehe =P

Untuk yang dah tahu, syabbas betta!! yang tak tahu, boleh read. Mesti ingat saya nak cerita about it kan? Memang la nak cerita, tapi xreti la nak guna ayat skema. Kalau nak definition yang lagi bagus, boleh tanya Sheikh Google by typing 5 Love Language or "5 Bahasa Cinta" you sure get what you want. Nak lagi best, beli buku Encik Chapman "5 Love Language". Untuk your children pun ada. 

Basically, dengan ilmu ini kita akan lebih memahami pasangan kita, atau orang2 tersayang bagaiman cara dia berkasih sayang dan apa switch yang boleh buat seseorang tu sayang kita. Begitu juga untuk melayan kerenah anak2, budak2 kecil. Boleh tahu apa yang buat budak tu suka dan sayang kepada kita. So, parents and teachers, boleh start searching for the book. 

Mengikut Chapman, ada 5 bahasa cinta (that's why nama dia 5 Love Languages bukan ten or hundred =P). They are Words of Affirmation, Acts of Service, Receiving Gifts, Quality Time and Physical Touch. Biasanya benda2 ni yang akan buat kita gembira kan? orang puji, orang tolong, orang bagi hadiah, orang luangkan masa untuk kita dan orang sentuh kita. Tapi apa yang dominan sebenarnya dalam diri kita? Tak semestinya 1 je yang dominan, ada orang suka semua benda yang di atas tu.

Oleh itu, kalau nak tahu lebih lanjut, you can take this test. Masa first time amik test ni dulu, sangat tak sabar nak tahu result supaya boleh lebih kenal diri sendiri. =P

So, what is my love language?

Profile Scores:

3 Words of Affirmation
7 Quality Time
7 Receiving Gifts
11 Acts of Service
2 Physical Touch

AND THE WINNER IS.......


For these people, actions speak louder than words.

Dalam banyak2 tu, I really love the acts of service. apa huraian nya? okay, i copy pasted from here

"Pernahkah anda merasakan sangat berbesar hati, rasa dihargai dan begitu suka terhadap 

seseorang yang mahu membantu meringankan kerja anda seperti seterika baju anda, 

masak untuk anda, tolong buang sampah untuk anda tolong bayarkan bil untuk anda, atau 

ada yang ingin membantu anda dalam memahami mana-mana subjek pelajaran yang anda 

rasa sukar untuk faham? Lebih-lebih lagi, perkataan yang anda suka dengar dari 

seseorang itu ialah “biarkan saya buat untuk kamu’’. Golongan yang memiliki bahasa cinta 

ini mereka tahu betapa sukarnya untuk mencari seseorang yang secara semulajadi yang 

ingin menawarkan bantuan kepada mereka. Bahasa cinta yang  keempat ini ialah “acts of 

service’’.


as well as from here

Can vacuuming the floors really be an expression of love? Absolutely! Anything you do to ease the burden of responsibilities weighing on an “Acts of Service” person will speak volumes. The words he or she most want to hear: “Let me do that for you.” Laziness, broken commitments, and making more work for them tell speakers of this language their feelings don’t matter. Finding ways to serve speaks volumes to the recipient of these acts.

"I must be someone yang tersalah born kan? Biasanya lelaki yang macam ni" That was the first thing that I thought when I knew it. but ahoy, Kak Wardina Safiyyah is one of those. Yes, dia sendiri yang mengaku. meaning that I'm normal. hahaha =P

Bila reflect balik, yes, it is. I really adore orang yang banyak tolong saya even to the smallest work like sharpen my pencil. =P but tak pernah happened la. Saya suka tolong saya. sangat3 suka. termasuk la budak2 yang suka asked "teacher, boleh tak saya bawakkan barang teacher?" budak ni memang the most special la. walaupun dia nakal, memang susah nak marah sebab slalu tolong bawakkan barang. hahaha..

So, Encik Tunang a.k.a Encik Bakal Husband, sila take note. Tapi to reveal a secret, he already knows it. Dah bagitau awal2, right after I did the test (and even forced him to take it too =)  Tapi honestly, this guy is really special la. Before we knew about these love languages, he already practiced them. hahaha. One of the things that he always did was, washing my car. =P banyak kali and since then, I never washed my car at the car wash. Tapi tu dulu la, when he was my next door neighbour. Sekarang dia dah pindah, so, memang benarlah, keretaku dah lama tak berbasuh =P See even basuh kereta pun boleh terasa disayangi =P So, don't belittle simple help. (i think, basuh kete tu bukan little dah). ni cerita before kawen la. after kawen tak tau dia cmne. 

Tapi memang susah nak cari yang suka offer help ni. sebab tu i susah terpikat dengan lelaki kot =P  
sebab kebanyakan lelaki suka orang serve dia, bukan dia serve orang. haha. 


Bila mintak en. tunang buat pulak, So, he's someone who values


This language is all about giving the other person your undivided attention

hah, amik kau... hehe. tapi kira okay lagi la. kalau dia jenis yang suka ayat2 madah pujangga tak ke haru!! hehe. i dah la lemah bab2 kata2 manis, menanam tebu dipinggir bibir ni =P

Kalau tengok result saya, I don't really like physical touch. Sometimes tu boleh la, tapi kalau nak sentuh2 every time tu rasa macam rimas je =P kadang2 kalau orang yang tak dikenali main tampar2 sentuh2, rasa macam offended pulak. and kadang2 tu benci sikit2. haha. tapi alhamdulillah, tak selalu la jumpa orang macam tu. So, sebab nature saya mcam tu, Allah memang letakkan saya di kalangan orang2 yang suka menolong. among them are both my parents. diorng suka tolong belikan things i like best. contohnya abah. hari tu sangat terharu sebab dia belikan jam yang harganya, even i can't afford it. time2 tu nak, time2 tu jugak dia tolong belikan. huwaaaa, belikan pun tolong jugak kan? hehe.. my mum pun sama. but she is more to the food, pantang keluar nama makanan yang teringin, tup2 dapat dah.. huwaaaa, lagi terharu. then, my beloved sister, Iroh. yang ni memang big time yang disayangi lah. She helps me in almost everything i want her to do. almost je, sebab ada time dia malas. hahaha. Even my wedding preparations ni pun, dia antara orang kuat jugak. I think dalam banyak2 siblings, dia yang paling adik beradik sayang kot. sebab suka sangat tolong walaupun kadang2 dia bebel, and muncung (muncung tetap muncung, tangan buat je keje. hahahaha). lagi satu, i love her jugak sebab dulu dia slalu tolong buat nota sejarah and agama islam. tapi baru sekarang dia mengungkit. haha. Iroh, I love you lahhh.. =P (eeee, macam geli plak PDA kat sini) btw, PDA is Public Display Affection. 

Next is Nurul Saqinah. She is the best housemate i ever had. sebabnya, masa belajar dulu, we went through ups and downs together. susah woo nak dapat peluang ups and downs ni. paling teringat sekali masa kena angkat tilam yang super berat. dah la berat, tengah hari terik, kena naik bukit lagi and naik tangga untuk ke tingkat 3. huh, nostalgic sangat. but this made me realize how grateful i was (and still am) to have her as my housemate. then, lagi satu paling terharu, dia penah masakkan lasagna. balik2 lepas siap 1 assignment, terus boleh makan lasagna. subhanallah, sangat nikmat. kalau saya ni jenis yang suka physical touch, maybe dah pegi peluk2 Nurul tu. haha =P 

yeayy, seronok cerita pasal ni. walaupun dah jadi kenangan, it sure be among memories i didn't want to forget. and i'm ever so grateful sebab sepanjang stage hidup, I always have people who would make me feel i'm loved (walaupun, they may not love me =P ahhhh, it doesn't matter. yang penting dalam hatiku ada taman. hehehe)

wah, panjang lebar entry kali ni. Seronok bila tahu about it. So, what's yours??

Thursday, April 4, 2013

Wordless Wednesday #2

from fb panduan islam


(^_^)


My attitude will always be based on how you treat me

Monday, March 11, 2013

Marriage..

Assalamualaikum wbt

Look what i found on my fb news feed. 





hahaha


oh, seriously, can't wait for that. =P


best tau bile kite dapat annoy orang ni. kikiki. jahat tak?


but the drawback is, i will also be the one who are going to be annoyed. huhu. hate that too..

=(

Tuesday, February 19, 2013

SBM : Matlamat Perkahwinan

Assalamualaikum wbt 


Punya la rindu sangat nak menaip sampai dua entries for today. padahal esok ade observation by GB. =P

Nak cerita pasal SBM ataupun Seminar Baitul Muslim. 

SBM ni dianjur oleh One Heart Creative Solution. and I really recommend la pada B2B yang nak kawen untuk attend seminar ni. Yang dah lama kawen pun boleh. It's more than kursus kawen yang kita attend tu. dan penceramah dia memang yang berpengaruh and glamour kat malaysia ni seperti Ust Pahrol Md Juoi, Ust Zaharuddin, Tuan Amin Idris. Wardina pun ade. 

Seminar ni dia kembalikan balik matlamat kenapa kita kawen. kepada manusia species saya yang ske go with the flow ni, seminar ni memang bermanfaat sangat. sebelum ni tak pernah secara serius fikir kenapa aku nak kawen and merasakan yang kawen ni just part of life and lebih kepada takut untuk jadi anak dara tua. tapi subhanallah, ble pegi seminar ni, Allah bagi hidayah untuk faham the real fact of getting married. bukan main2. semuanya untuk cari keredhaan Allah. and keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. and nak cari keredhaan suami, rupanya bukan senang. mungkin untuk perempuan yang ske memberontak macam saya ni. hehe. tapi natijah kepada redha suami itu ialah SYURGA. nape susah? sebab kite nak cari redha dengan another species manusia yang Allah cipta sangat berbeza dengan kita. Allah cipta lelaki perempuan banyak beza. fizikal, mental, emosi. hmmm... mse mula2 dengar memang takut especially bila ade slot pasangan cerita tentang their married life. tapi seronok dengar pengalaman mereka sebab ade pahit manis. and that colours life kan? solusinya atau resepi bahagia hingga ke syurga ialah, mendekatkan diri dengan Allah. sebab Allah yang jaga kita. Allah yang jaga orang yang kita sayang. Allah yang menentukan hidup kita macam mana. He knows everything. Doa banyak2 pada Dia supaya Dia jaga rumahtangga kita dari gangguan syaitan. 

banyak benda lagi yang belajar tp tak tahu cmne nk explain kat sini. hehe. but one of the things yang melekat kat fikiran ni ialah, syurga isteri terletak pada kaki suami dan neraka suami terletak pada kaki isteri. rsenya ramai yang dah fhm frasa pertama tu kan? yang kedua tu, mungkin xramai yang penah dengar. hehe. so, kalau nak masuk syurga sama2, kena la isteri jaga aurat sebab itu yang paling mudah/common menjadi penyebab suami kena tarik masuk neraka. huhu, kena sempurnakan tutup aurat lagi la lepas ni..


stop sini dulu.. inshaallah will come later when Allah grants me time and ideas

Friday, January 11, 2013

Adab- adab Isteri terhadap Suami


Artikel ini diambil dari blog PakarCinta.com
I think it's worth sharing. sesuai untuk semua orang - bakal isteri, sudah menjadi isteri dan juga para suami. =D

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
i hope i'm a lady (wah, lady kau!!) who won't bother to listen
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
hihi, okay2. yang ni kena take note sangat. bak kate encik tunang, kalau dua2 tengah marah, dua2 kene diam.. sebab hati masing2 tengah jauh. so, bile hati tengah jauh, cakapnye kena jerit2 lah.. tunggu masing2 sejuk dulu baru discuss. marah kan setan.. 

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
haha, bab pmpuan macam kanak-kanak ni yang tak tahan ni. ustaz idrus eh, ustaz azhar idrus pun ada cakap about this. and i admit it. macam kanak2 sangat =P. tapi suami pun agak2 la nak gurau ek? kalau gurau pasal poligami tu memang tido luar la kot. kikikiki... tapi bak kata colleagues kat skolah, izyan ni innocent. sume benda dia nk caya kalau orang cakap ngan nada serius. yes, i'm that type of person. so rase sangat hampeh kalu orang gurau/tipu dengan nada serius. eeeeeee.. kalau boleh gigit hidung manusia, mmg dah lama saya gigit.. 

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
oh ek? kalau dia potong sendiri xleh ke? hehehehe
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
dah terbiasa ngan arahan ma and abah. inshaallah, ok kot. especially kalu setakat suruh buat air mase tengah tengok citer kegemaran, itu dah biasa sangat =P. kalau suruh masak bile dah ready2 nak tdo pun dah biasa.. hahaha.. so, at your service, sir!!
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
hahaha, tak tau la.. selama ni, nak makan ape, semua saya yang decide. oh, kne ubah style la plak lepas ni. bab masak ni yang hampeh sikit. saya bukan takmau masak ape dia nak makan, tapi saya takut saya xreti nak masak.. hehehe.. kire menderhaka x? haha. (halasaaan kau izyan, internet kan hado?? google je. sedap tak sedap belakang kire. asal nampak muka masakan dia nak, cukup!!) =P
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
haha. will try my best!! tapi masalahnya, segera dijahit tu. tunggu mase free bleh tak? (ade je bnd yg nak dibantah. sorry la encik writer ye)
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
okay, encik tunang, nnt i pack berus gigi skali masuk dalam beg u k?

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
ye baiklah.. 
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
guna duit sendiri kena mintak kebenaran gak ke?
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
supllier minyak wangi tu suami la kan? hahaha
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
nanti kena stock up karipap segera, cucur segera, apam segera, biskut segera, eh!!.. sume segera, macam tak sihat jugak je. nak makan karipap by teatime, pkl 2 dah kene siap2 la nampak gayanya. hahaha.. 

ye, itu dia segala adab-adab yang boleh dipraktikkan.. hehe.. asyik pmpuan je kan? ni ha, ade gak artikel for husband2 sekalian. 10 Sifat Suami Yang Baik
eh, dia bagi penutup. jap2 nak paste. =P
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.”

Saturday, December 8, 2012

Persedian mental dan rohani

Assalamualaikum wbt

Haish, asyik dok share persediaan majlis perkahwinan je ni. mental and rohani macam mana plak kan? padahal majlis perkahwinan (walimah) tu sekejap je. yang lama adalah perkahwinan itu sendiri. tanggungjawab lepas ni semakin bertambah. hati and maruah untuk dijaga pun semakin bertambah juga. dulu ma and abah sendiri je. in future, ade dia, ibu ayah dia, ma abah sendiri jugak. preparation pun kena semakin mantap la kan. nak jadi cikgu pun amik masa 5 years. apetah lagi kalau nak  jadi isteri solehah kan? yang darjatnya di akhirat sebagai ketua bidadari. huhu. tinggi tu. 

Now, kena banyak practice untuk sabar (walaupun kesabaran seems semakin menipis), kena banyak  solat sunat hajat supaya Allah mudahkan urusan walimah dan hidup berumahtangga, kena banyak istikarah semoga keputusan yang dibuat sentiasa betul (abah even suruh solat istikarah nak pilih tarikh akad nikah), kena sentiasa bersifat sederhana, bersyukur dengan apa yang ada. teruskan baca quran everyday, supaya ada ketenangan di saat-saat genting. lepas tu kena berjinak2 balik dengan pakaian yang sopan. hehe.. en.tunang bagi hint mintak pakai stokin, sarung lengan and tudung labuh. so, kena practice balik mulai dari sekarang. semoga Allah masih mahu memberi kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan. perangai pun dah kena insaf2 sikit. 

wah memang banyak nak kena prepare untuk perkahwinan ini. bukan setakat secara majlisnya sahaja tapi juga yang paling penting, kehidupan dan peribadi selepas itu. huh, berat2. tapi inshaallah, dengan doa, pasti Allah akan bantu, kan? 

semoga berjaya menjadi menyejuk mata kepada encik suami kelak. 


” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”