Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers
Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Tuesday, May 21, 2013

Singgah Sekejap

Assalamualaikum wbt


Huh, semakin susah nak istiqamah update blog sekarang. kerja dah semakin bertimbun. syukur, exam papers dah siap marking. nak kena prepare kedatangan PPD dan Nazir KPM lagi. Cool sangat kan? haha.. semoga Allah memberikan keberkatan masa kepadaku. Aameen.


Proses penghantaran kad dah setel. Ada a few lagi kad yang lebih, sape mahu angkat tangan. haha.

Sekarang ni, tengah busy emptying the closet and pindah masuk barang2 ke rumah encik tunang. Dia suruh buat sekarang sebab takut tak sempat after kawen nanti. So far, 50% dah setel pindah. Encik Tunang everyday datang rumah tolong punggah barang2 yang maha banyak dan berat ni. Bukan tak leh nak drive sendiri, tapi barangnye memang super banyak, tak muat Mr. K i. 


Persiapan kawen ke laut. hahaha. ke laut la sekejap sebab nak bagi perhatian kepada persiapan kerja2 dan pemindahan. Inshaallah, minggu sebelum kawen sempat pulun. =P

Aaaaaa, 10 days to go... macam tak caya je 

Monday, May 13, 2013

Monday Blues

Assalamualaikum wbt..



Monday Blues..

Sape lah yan cipta phrase tu ye? 


hehe..


memang tengah blues pun..

fikir banyak lagi yang tak setel 


fikir manusia yang pentingkan diri sendiri 

keje sendiri volunteer nak buat, tibe2 suruh i plak yang buat

=( 

pelik ngan manusia macam ni. 



nak gembira kan hati,

tengok je la hand bouquet yang baru siap semalam ni


walaupun tak cantik, at least sendiri berjaya buat =P



at least one thing down...

Thursday, May 9, 2013

Perasan sibuk, maybe?? =P

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah masih panjang umur hingga ke hari ini.. masih dapat nikmat bernafas dan update blog dengan bahagia. hahaha (mode: insaf sebab hari ni puasa.. hahahaha =P)


banyaknya la hai benda yang nak cerita dalam blog ni. dari minggu lepas lagi. tapi since sibuk dengan buat kertas soalan mid term exam budak, perasan busy ngan proses pengundian kali pertama =P dan macam2 lagi lah.. (sampaikan hand bouquet tu tak ber'proper holder' lagi =( )


so, nak citer pasal ape dulu ye? banyak sangat on the list ni. huhuhu..







Sunday, April 21, 2013

Official Wedding Website & Rambling

Assalamualaikum wbt


Waaah, dah lama rasanya tak update blog ni secara serius. take note ye, update wedding checklist ada lah bukan update secara serius sebab tak disertakan bebelan, rungutan dan kekecohan seorang bride to be. =P

btw, alhamdulillah, setelah bersengkang mata seharian, finally i finished editing my official wedding website. kudos to myself. yahoooo... seronok kot sebab before ni, asyik pening2 what should i write and include there. thanks Allah, semalam Dia bagi ilham and tadaaaaaa, finish in no time =P hokeyyy, exaggerate sangat.. hahaha

inshaallah, our official wedding website will be launched (wahhh, ade launching siap, kelas kau jahhhh =) on the 1st of May. Lagi 10 hari. hehehe.. sabau2. takde la grand mana pun, tapi bak kata orang, saja je nak look forward to something kan? kalau life dull je, have nothing to expect or look forward too, tak best jugak. 

Well, lagi 40 hari to go.. basically, dah merasa debaran nya sebab tidur dah mula tak lena, dah mula mimpi2 benda yang entah ape2, dah mula fikir what ifs. hayyyooo... risau dengan every single thing yang related to wedding nih. dah mula risau jugak what to eat and what's not sebab badan dah tak berapa nak kecik =P

seriously, macam2 ada. tapi, maybe ini ialah nikmat jugak sebab tak semua dapat merasa perasaan ni kan? dan mungkin perasaan ni hanya akan tiba sekali sahaja seumur hidup. melainkan kalau Allah takdirkan jodoh banyak. tapi i believe the first marriage mesti yang paling sweet dan banyak kenangan, dan kecoh jugak =P takde lah pray nak kawen banyak kali pun, not even think of it. just a say. so, b2b yang sedang bridezilla mode macam i nih, let's cherish the moment. haha. 


hiasan hantaran belum siap. kalau kira peratus baru 5% kot. hahaha. barang pun baru a few beli. bunga memang tak beli lagi lah. sangat teringin nak guna fresh flowers tapi bila memikirkan banyak kerja lagi yang perlu dibuat 1,2 days before the wedding, mungkin tak kot. risau if tak sempat nak gubah ke ape. 


rasenya ini sajalah bebelan kali ini. kita jumpa di bebelan yang lain. =P 

wassalam. 





Wednesday, April 10, 2013

Of general election and tarikh kahwin

Assalamualaikum wbt

from fb

Alhamdulillah, I am online to sight a really good news of the year. POLLING IS GOING TO BE ON 5TH OF MAY 2013. yeayyyy, seronok sangat. bukan gedik nak kawen tapi sebelum ni memang sangat2 risau takut general election jatuh pada tarikh kawen. huhuhu.. kalau x, mesti dah depress. bukan ape, tak mau la orang terkejar2 situ sini. nak kenduri lagi, nak buang undi lagi. dah la ni first time i mengundi. haruslah dalam keadaan yang aman damai and tak rushing kan? 

seriously rasa sangat tenang. thanks so much Allah. =D 

yes, i can sleep and smile ^_^

Saturday, April 6, 2013

Kisah Kawen Sepupu & Bilik Pengantin

Assalamualaikum wbt

Malam ni, i skip going to gym and thinking of going to bed super early, tapi bila mangingatkan, tak elok tidur antara maghrib dan isyak, terpaksa  teringat untuk update blog. =P 


Alhamdulillah, TQ sticker and reben dah siap. walaupun relief sikit tapi tak relief sepenuhnya sebab masih banyak lagi yang tak siap.

hari ni cousin sebelah abah kenduri di Temerloh, Pahang. kenduri sambut menantu. to my surprise, my mom called me and told that their wedding theme  was also green and pink. but green is more dominant than pink. what a coincidence kan? mine is also green and pink tapi just little splash of green, and pink will be more dominant. 

the bride and the groom (my cousins) are both of my age. same goes to me and encik tunang. so, makin ramai 1987 born babies in the family. =) abah said, dia ngan mak itam dulu pun lebih kurang sama. dulu when abah married my mom, mak itam got married to pak itam a month earlier. sekarang ni, the anak- anak pulak. hehehe. Pojoi (my cousin, the groom) diijabkabulkan on 31st of March 2013 exactly 2 months earlier than us. hahaha. maybe lepas ni time anak2 kami pulak =P .. ok jauh sangat fikir. 

Since i didn't attend the ceremony, ma abah mewakili diri mengedarkan kad kawen kepada sedara mara belah Pahang. Kata ma, now, plan dah change a bit since dah ajak yang jauh2. dulu abah kata nak ajak yang dekat2 je. maybe dah terlajak sampai 2,3 pupu diajaknya. hehe. i totally don't mind. malah lagi suka kalau ramai saudara mara yang datang. cma berharap makanan tu nanti cukup. 

sekarang ni tengah pening pasal hiasan bilik pengantin. dulu ingat nak amik ngan bridal je, tapi hari tu dah beli cadar yang cantik, rasa macam tak best la plak kalau tak guna kan? so, finally decided to hias sendiri bilik tu nanti. lagipun, saya lebih suka hias sendiri walaupun tak kreatif sangat. for me, bilik dengan suami ialah satu tempat privacy therefore i don't like the idea orang coming in and out the room. so, baik hias sendiri kan? bukannya kami nak berposing dalam bilik tu pun nanti. encik tunang pun cakap, baik hias sendiri and kalu nak posing2 amik gambar pun, biarlah both of us and encik tripod je. hahaha. so, sekarang ni memang gigih dok google hiasan bilik pengantin yang sesuai. sesuai tu maksudnye cantik tapi mudah. hahaha.. =P

tapi tadi ma cakap balik suruh amik ngan bridal jugak since ramai sedara mara nak datang. still, saya tegaskan jugak tak mau orang bridal buatkan. hehe. then, bagi lah segala alasan2 yang terfikir di fikiran. oh ye, lagi satu, kl ngan bridal, cadar dia cadar licin kan? xsesuai nk buat tido. kalau pasang pun, kena tukar lain jugak. so, baik la letak yang boleh buat tidur terus. bila dah penat2 walimah the whole day, boleh terus tidur dengan aman tanpa rasa cranky untuk tukar cadar. so, natijah nye bercakap ngan ma tadi, i have to beli lebih banyak bunga untuk hiasan bilik. hmpphhh.. takpelah. demi perkahwinan ini.. hahaha. ayat tak larat =P

   
jom tengok hiasan macam mane yang akan dipertimbangkan. =)


gambar from here


yang ni maybe boleh buat sebab langsir pun akan dibuat ala- ala macam tu jugak.

al-kisah langsir sikit. =P when ma abah were in shah alam last week (sambil2 jumpa Iroh) ma popped out the question or was it ayat penyata about the curtains. so, i kata jom la tengok2 kat Jakel. but ma insisted to go to Gulatis. memang kainnye sangat mahal ok. tapi yang kelakar, boleh pulak terberkenan pesen langsir yang ade kat Gulatis tu. pesen nye sebijik macam kat atas tu je. so, langsir nanti tak guna kain langsir pun, guna kain biasa je. *alamak, lupa plak ape jenis kain tu* and tukang jahitnye ialah my dearest sister la, Iroh. 




taken from here


macam ni pun comel. tapi lebih kepada berkenan kat pasu bunga tu  je. hehe. inshaallah, akan g cari pasu bunga + bunga tu. 



doakan semoga projek hias bilik pengantin menjadi ye. =) 

till then..

Wednesday, March 27, 2013

Rindu nak update blog...

Assalamualaikum wbt..

Currently kat kampung tapi esok dah nak gerak balik Melaka, sambil2 anta adik kat Pekan and anta ma kat Shah Alam. huwaaaaa, seriously, cuti ni rasa sangat pendek sebab tak sempat nk relax kat rumah.. 

banyak sangat benda nak kena update. inshaallah, bila dah balik melaka nanti la kot boleh tulis semua. inshaallah..




Monday, March 11, 2013

bitter truth



pengsan kejap bace msj ni.. huhu

Friday, March 1, 2013

March is here

Assalamualaikum wbt



waa, it's March already. Time does fly so fast kan? Kalau ikukan hati, mahu je kawen bulan 3 ni. Tapi hari tu, both parents tak setuju dengan alasan yang sungguh logik, iaitu tak sempat nak ready. hehe. logik gak sebab both our parents are working parents. mana ada masa nak prepare sendiri kan? so, terpaksa la sabar for another 3 months. hihi =P


Bila March je, hati terus takut. hihi nape2??

1. Sebab kena g buat HIV test. Oh like seiously!! I HATE INJECTION. bak kata encik tunang, I HATE PICAGARI.  hahaha. Tapi, sape suke injection kan? huh, takut kot. Encik tunang dah memberi arahan, by hook or by crook, kena g wat dah HIV test tu next week. sebab dia nak balik Johor next weekend and submit borang nikah. huwaaaaa, tak mau amik darah. takut sakit!! just thinking of it, i feel sick. camno nak kawen nih?? tak boleh ke kawen without buat HIV blood test?? =(


2. Sebab i have less than 1 month untuk siapkan segala preparation yang melibatkan encik tunang.  why?? sebab masuk ke 1 april 2013 sampai ke hari akad nikah, kami akan berpisah untuk sementara waktu.. err, tak de berpisah sangat pun sebab i still can see him around at school, cuma we are going to limit our communication. nak bagi waktu to each other buat persiapan mental, fizikal, kewangan dan yang penting dari segi rohani sebelum bergelar zauj (husband yang baik) dan zaujah (wife yang baik). doakan kami ye if you guys are reading this.


so, that's all for now. tak sabar nak balik dan go meet my kesayangan kat KL.. =D

Tuesday, January 8, 2013

Dilemma...

dilemma... dilemma...


dilemma nk pilih tarikh utk reveal tarikh kawen kat sume orang.. hehe.. everyone seems to be waiting. =P

Wednesday, December 19, 2012

Al- kisah 'abang'

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya memang sangat bengang dengan 'abang' saya.. for all these time, i've been so good to him. sangat bagus kot. tak penah nak kacau, tak penah nak suruh wat keje. now, bagi keje sikit je, dah buat perangai... xmau jalan, siap gumpal2 kan kertas lagi. aaaaaa, i hate you soooooo much, PRINTER BROTHER..


huhu =( nangis la.. banyak lagi stickers tak siap print ni.. benci anda printer.

Monday, December 17, 2012

canopy + catering

Assalamualaikum wbt

yes, as the title goes, we (as in mama and I) are working so hard to find suitable canopy and catering.

kalau boleh nak cari catering yang ade pakej dengan canopy. tapi kat kuala krai ni, sangat susah nak cari yang macam tu. ma cakap, biasanya orang kuala krai ni, hire caterer and canopy differently. itu tak kire lagi kerusi meja. part kerusi meja kena sewa dengan MDKK (Majlis Daerah Kuala Krai). Erk, tak ke haru? 3 places kena g cari. xmau xmau..

nak cari yang ade those in 1. maksudnye just deal ngan 1 vendor je. tak perlu nak deal ramai2. ala, macam kat KL, macam kat Melaka tu.. i know, i need to put a picture here tapi the internet connection here is so annoying thus i dare not to test my patience. haha.. will upload them when i'm back to tebong. sementara tu, bace je lah post pictureless ni. =P

and hasil pencarian so far, dapat disimpulkan, memang super duper mahal if nak hire satu2. canopy + catering + kerusi meja. huhuhu..

canopy dalam rm350 satu. satu je tau.. penah jumpa tak orang guna 1 canopy saje??
catering setakat ni yang tahu quotation harga rm8.50 per pax 
and kerusi meja sila rujuk link MDKK ini. 

huahh, rasa macam tak mau kawen pun ade dah ni. xpun, kawen senyap2 je. hebah melalui fb je.. hehe. aci x? ok2. gurau je. en tunang pantang kalau asyik cakap takmau kawen. nanti kena bebel free. =P actually we still have ample time kalau nak cari lagi. inshaallah, doakan semoga Allah permudahkan urusan kami..


Thursday, December 6, 2012

Tak Tahu

Assalamualaikum wbt

Huh, hari ni rasa menganggur semacam je. Padahal dah boleh dah kalau nak start buat preparation sikit-sikit kan? Alamak, barang-barang la plak yang takde. Alih- alih, i ended up belek2 magazines pengantin yang ade. Seriously takde idea nak design, tema camne. why la why aku takde dream wedding seumur hidup ni? 25 years of living and i memang tak penah imagine nak wedding yang macam mane. huhu, agak kesian di situ. oh idea, please come!! 


*termenung*

Btw, tadi pegi la jugak usha2 barang kahwin kat Happy Home di Guchil tuh. mak aiii, mahal sih barang-barang dia. hamba yang kedekut lagi mau berjimat ini surelah tak shopping ape2 lagi kat situ. serba salah nye.. kat Kuala Krai ni takde kedai murah ke? huhu.. 


*nanges*

Wednesday, December 5, 2012

Opening Speech

Assalamualaikum wbt..

haha, sangat straight forward title and URL blog ni kan?

saje nak dedicate this blog to my wedding preparations. mesti sangat banyak nak prepare.

so, let's enjoy every moment of preparations. 

^_^