Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Friday, January 11, 2013

Adab- adab Isteri terhadap Suami


Artikel ini diambil dari blog PakarCinta.com
I think it's worth sharing. sesuai untuk semua orang - bakal isteri, sudah menjadi isteri dan juga para suami. =D

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
i hope i'm a lady (wah, lady kau!!) who won't bother to listen
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
hihi, okay2. yang ni kena take note sangat. bak kate encik tunang, kalau dua2 tengah marah, dua2 kene diam.. sebab hati masing2 tengah jauh. so, bile hati tengah jauh, cakapnye kena jerit2 lah.. tunggu masing2 sejuk dulu baru discuss. marah kan setan.. 

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
haha, bab pmpuan macam kanak-kanak ni yang tak tahan ni. ustaz idrus eh, ustaz azhar idrus pun ada cakap about this. and i admit it. macam kanak2 sangat =P. tapi suami pun agak2 la nak gurau ek? kalau gurau pasal poligami tu memang tido luar la kot. kikikiki... tapi bak kata colleagues kat skolah, izyan ni innocent. sume benda dia nk caya kalau orang cakap ngan nada serius. yes, i'm that type of person. so rase sangat hampeh kalu orang gurau/tipu dengan nada serius. eeeeeee.. kalau boleh gigit hidung manusia, mmg dah lama saya gigit.. 

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
oh ek? kalau dia potong sendiri xleh ke? hehehehe
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
dah terbiasa ngan arahan ma and abah. inshaallah, ok kot. especially kalu setakat suruh buat air mase tengah tengok citer kegemaran, itu dah biasa sangat =P. kalau suruh masak bile dah ready2 nak tdo pun dah biasa.. hahaha.. so, at your service, sir!!
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
hahaha, tak tau la.. selama ni, nak makan ape, semua saya yang decide. oh, kne ubah style la plak lepas ni. bab masak ni yang hampeh sikit. saya bukan takmau masak ape dia nak makan, tapi saya takut saya xreti nak masak.. hehehe.. kire menderhaka x? haha. (halasaaan kau izyan, internet kan hado?? google je. sedap tak sedap belakang kire. asal nampak muka masakan dia nak, cukup!!) =P
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
haha. will try my best!! tapi masalahnya, segera dijahit tu. tunggu mase free bleh tak? (ade je bnd yg nak dibantah. sorry la encik writer ye)
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
okay, encik tunang, nnt i pack berus gigi skali masuk dalam beg u k?

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
ye baiklah.. 
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
guna duit sendiri kena mintak kebenaran gak ke?
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
supllier minyak wangi tu suami la kan? hahaha
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
nanti kena stock up karipap segera, cucur segera, apam segera, biskut segera, eh!!.. sume segera, macam tak sihat jugak je. nak makan karipap by teatime, pkl 2 dah kene siap2 la nampak gayanya. hahaha.. 

ye, itu dia segala adab-adab yang boleh dipraktikkan.. hehe.. asyik pmpuan je kan? ni ha, ade gak artikel for husband2 sekalian. 10 Sifat Suami Yang Baik
eh, dia bagi penutup. jap2 nak paste. =P
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.”

0 comments:

Post a Comment

Thank You !!