Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Monday, November 11, 2013

Review #1 : MUA

Assalamualaikum wbt..


Dah 163 days kawen, baru tergedik2 nak buat wedding reviews. tapi boleh kira baru lagi la kan... honeymoon tak abis lagi... =P

So, let's start with my make up.. yes. that's what MUA stands for ~~  Make-Up Artist.. i pun sama innocent macam korang jugak sebab sebelum jadi b2b, xpenah tahu mua tu ape.. macam nama kuih pun adoo..


SOLEMNIZATION

To tell the truth, for akad nikah, i didn't hire MUA sebabnya rasa macam membazir. Lagipun i opted for natural look. So, nak bayar RM100 for bedak and lipstick je, rasa macam membazir.. ye, saya memang kedekut sikit bab2 macam ni. hahaha..

so, end up, my younger sister, Iroh and auntie, Cik Ayu did that. haha. that was a very simple and natural make-up. It was my request. but alhamdulillah. for me, the result was satisfying. Diorang hanya guna bedak Kokuryu Cherry Pink dan lipstick pun pinjam mak cik saya punya sebab i didn't have one. Tapi kan yang kelakar nya, kena bebel sebab tak amik MUA dan needed her help last minutes. hahaha... xpelah. lebih rela dibebel dari bayar RM100 tu.

So this was my look during akad nikah. " How Do I Look? " hahaha.. ala2 rancangan hosted by Jeanie Mai plakkk =P

                                                     
raw photo without editing


RECEPTION

Since bersanding adalah hari yang sama, so, just amik MUA untuk bersanding je. Lepas solat zohor, terus kena make up. I am kind of person yang tak suka mekap bahagian mata. the MUA had the hard time to put the eye liner. dia siap boleh kata ni first time jumpa orang yang paling susah nak mekap. haha. sian dia. seriously, sangat tak suka bab mekap mata ni. siap mengalir air mata. =( tapi alhamdulillah.. dah setel pun. dan surprisingly, i really loved the make-up and still do. bagi saya, it was natural and not too much. rasanya, ramai yang datang pun suka dengan mekap tu. tak ubah sangat muka asal saya dan yang paling penting, tak merana with the make up. i didn't put on the false eye lashes yang overly lebat dan lentik. rasenye yang paling ringan kot. hahaha..


So, inilah outcome dia... Tema dia ialah COMEL.. hahaha... accept je lah seadanya. =P






OUTDOOR


Untuk outdoor, kami pilih hari lain. sebolehnya tak nak outdoor masa hari sanding tu sebab nak jumpa sedara mara dan kawan2 kan.. yelah they came just for us and tup tup, pengantinnya takde g amik gambar... hmmmphhh, tak syok la kan.. so, memang early planned, kami akan ambil gambar outdoor pada keesokan harinya.. tapi, the next day, i had my best friend coming in and the same MUA was also busy. so, akhirnya tertunda hinggalah pada hari ke-3 kami kahwin. This time, the MUA suggested untuk buat mekap yang tebal sikit. sebab nak masuk gambar kan... hahaha, redha je lah. lagipun, tak de la ramai sangat mata yang memandangkan. bulu mata pun yang berat sikit. walaupun tak selesa, telankan saja sebab encik suami kata masih okay dan tak over. Alhamdulillah, the outcome pun puas hati jugak. Sebab tidak keterlaluan..



shot by my dearest husband. kalau dah namanya encik photogapher, mesti mau jugak.. =P



BERTANDANG


Now is the bitter part. Disebabkan MUA untuk majlis di BP tidak dicari oleh saya, so outcome dia mestilah unexpected. Dah cakap kat MUA tu tak nak tebal sangat.. tup tup haaaa, engkau, aku dah rasa macam actress opera cina.. =P seriously, memang rasa macam tak nak keluar je dengan mekap macam tu. tapi the MUA tu tetap yakinkan yang mekap tu okay. hayoiiii.. rasa macam nak nangis. Since dah lewat dan tak sempat dah nak remake-up, terpaksa lah ku telan jua... huhu.. memang putih melepak semacam je. huhu. xshuke... bulu mata pun tak lekap betul2. at one point tu, terpaksa my new sepupu tolong pasangkan balik dengan gam bulu mata yang dia punya. ampun la... i memang tak de gam2 bulu mata ni. yang ada pun gam gajah untuk gam kasut je... =P

tapi takpelah. as long as majlis berjalan dengan lancar kan? terima kasih kerana masih ada jurumekap. dibuatnya on that day tu tak de orang nak tolong touch up kan, memang super duper natural la muka den ni ha!!!!






So, begitulah kisahnya. Maka tamatlah review #1 ini.. =P


Sebelum itu, tips untuk B2B yang mahu berjimat, sila belajar mekap sendiri okay? You definitely save a lot. Paling kurang pun RM100 dah jimat di situ dan puas hati. sebab sendiri mekap.. kalau tak puas hati, boleh marah diri sendiri jugak.. itu saja dari saya, senior perkahwinan 163 hari. hahaha =P

babaiiii...

0 comments:

Post a Comment

Thank You !!