Wednesday, January 30, 2013

DIY Paper bag for Doorgift

Assalamualaikum wbt

I am having headache right now but i feel the urge to post an entry here. tu dia!! semangat orang nak kawen. hahaha. no lah. kepala je sakit, brain elok lagi plus mata segar lagi.. =P

Sambil2 sakit kepala pun sempat la jugak pegi merayau kat Mydin MITC. al-kisahnya, orang lain nak shopping, tp diri sendiri plak terbeli banyak =P . bak kata my housemate (+ orang lain pun) "pompuan memang suke shopping" kan? kan? kan? 

So, tadi terbeli (terbeli okey, terbeli.. bukan niat nak beli pada awalnye =P) kertas and doily papers. saje je  sebab sekarang neuron otak tengah work hard berfikir idea untuk doorgift. As you know, doorgiftnye dah ade, tapi tak tahu nak letak dalam ape. kalau nak beli beg kertas macam agak mahal. so far yang i survey dalam rm 0.35 per piece. mahal la gak kan? yang murah pun hadoo, tapi plastik yang nipis je. huhu. takmo. tak cun doorgift i nanti. hahaha =P

tapi lately, memang dah fikir nak DIY je. cume tak tahu ape and camne. now, alhamdulillah, all praises to Allah, finally, idea dah ade.. inshaallah, so far, if Allah will, i'm going to make my own paper bags for doorgift nanti.

hehe, simple2 je. tadi dah try, hasilnya, 



tada....


simple je kan? cukup la simple2. ape yang penting, murah. hahaha.. memang cheapskate sungguh la kan? =P tapi ni baru draf kot. sebab try and error je.. yang betul mungkin lain sikit (itu pun kalau ada kerajinan dan ketabahan.. hahaha)

memang sangat draf sebab nye tq tag pun main punch calendar je. hahaha

setakat ni, plan nak buat dalam 300 je. huhu.. mintak2 lah sempat and ade masa. aameen. 


so, tadi, kire2 budget per paper bag


kertas 110 gm 20 sheets A4 size = RM 2.20   SEKEPING = RM 0.11

doily papers size 140mm 200 pcs = RM 5.90  SEKEPING = RM 0.03


err, TQ tag tu lupa harga sticker sekeping. so, just kire more or less  sekeping RM 0.05

roughly, total damage untuk 1 paper bag RM 0.11 + RM 0.03 + RM 0.05 

= RM 0.19 each...

seriously rasa memang sangat murah je =P boleh la tambah2 hiasan lagi lepas ni. reben ke hape ke. 

memang mampu la untuk saya yang nk berjimat cermat ni kot. hehe. inshaallah

cume kena slalu rajin lipat melipat kertas la lepas ni. 



and, kalau nak tau cara melipat paper bag tu, boleh singgah2 kat B2B (or dah jadi ex-B2B kot kalu bace after 31/1/2013 sebab tu tarikh kawen dia) iaitu MissJue and ni tutorial dia. Tq Miss Jue for sharing. May Allah bless you =D

Dia ni memang sangat kreatif. err, sejuta kali ganda I. kalau nak buat tempahan craft ngan dia pun boleh, comel2 sangat benda dia buat. and doorgift kawen dia pun dia wat sendiri. haa, nak tau ape? g la terjah blog dia. hehe..


ni kertas yang I guna. amik yang tebal. senang nak bentuk and dirikan.

                                       


so, that's all for today.. good night 

Sunday, January 20, 2013

Majlis Merisik

Assalamualaikum wbt


Seperti yang dijanjikan, a post about my engagement. err, i think i should put the 'unintended' there which make up the unintended engagement =D. ye betul sebab pertunangan saya err, kami adalah yang tidak disangka2. hehehe..

since, i ni memang pemalas, let me copy the story from our previous blog (blog perkongsian yang dah lama terkubur. hahaha =P )

entry ini adalah karya en. tunang ye. jom baca and gelak ramai2 ayat skema dia.. hahaha =P



assalamualaikum warahmatullah...
apa khabar kepada semua pembaca?,moga anda semua sihat-sihat sejahter InsyaAllah :-)

belum terlambat untuk Mr AS ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca...raya tetap raya...kerja jangan dilupa..hehehe...masa untuk kembali ke sekolah..hehehe...

well, raya keempat hari tu, my family bersama family ibu saudara telah datang berjumpa dengan Miss Izzy family...cadangnye untuk buat majlis merisik...tapi dengan tak disangka-sangka bertukar menjadi majlis bertunang...so dua2 orang still in shock...hehehe...
tapi alhamdulillah dah lepas satu stage...insyaAllah stage seterusnya akan menyusul...hehehe
rasa kebertanggungjawaban pun dah mula masuk dlm diri nie...moga Allah mempermudahkan segala-galanya buat kami..aameen...

so pada masa tue kedua-dua keluarga telah berbincang dan alhamdulillah, kata sepakat telahpun dicapai...bila tarikhnya?nantikan...hehehe

sambil-sambil tue adela amek sket gambar-gambar yg patut...semua gambar ni dishoot oleh my little brother....

kepada semua pembaca...mohon doakan kami kekal hingga ke jinjang pelamin dan mohon doa juga dari kalian semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga...insyaAllah ^_^
enjoy this pictures...

mase ni Mr AS takde sebab kena pegi tempat lain dulu masa mesyuarat keluarga berlangsung...hehehe...kena akurla...hehehe
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ok dah.. cukup2 la gelak tu. jom baca my writing plak =P
 
 

Assalamualaikum wbt and good day, readers!!!

How are you guys feeling today? hope your daily days are superb... (^_^)

Well, i'm writing in response to what Mr. AS has written below.

Yes, we are now betrothed. no need to mention i was still in shock (even after 6 days wearing the engagement ring) - i kept on feeling weird because i now have the ring on my finger. =P

To look at Mr AS as my fiance is also another thing. huhu.. mungkin before ni we are more like a friend rather than a couple who are in the relationship. Nonetheless, I am grateful and full - hearted redha with what has happened. I know Allah always has better plan for us. Yelah, I'm the one who don't want to engage. Izzy memang xprefer nak tunang pun. ingat nak terus kawen je. hehehe... atau pun, bertunang before akad nikah. and initially, we have discussed this matter for many times. but at last, we put it in the hand of Allah and our parents, so this is the result. WE ARE ENGAGED. Does it prove Allah's at work? yes, definitely. Only He knows.. but, honestly, it's surreal. i think i'm still dreaming knowing that this man is my fiance... hehehe..

so, that explains why i wore simple baju. tu pun nasib baik ade. kalu tak pakai baju cotton je. al-kisahnye, banyak sangat unexpected, funny things happened in preparing for the majlis. i think i'll put them in notes. saje je nak tulis so when my memory fails me later, i still have this blog to remind me how i went through my days. =)

1. awalnya, ma izzy suruh beli kertas nak balut buah tangan (mula-mula buah tangan, tapi dah jadi hantaran la.. =P). ma just pesan to get ready few things for his family. yelah, orang datang jauh2 dengan niat baik, xkan nak layan cikai2 je kan... ma dah listkan suruh bagi canned lychee, homemade apam polka dot and suruh izzy fikir lagi nak bagi ape. so i just suggested fruits (walaupun mr AS xmakan. hehe). then, parents izzy memang plan nak bagi kain pelikat and kain sarung kat parents Mr AS. so, memang mencari pembalut hadiah lah.

2. mase shopping2 tu, terlintas nak buat tema warna silver and purple. seriously teringat mase tengok2 kertas pembalut hadiah tu. hehe. suke-suke nak bertema mase tu, kononnye nak impress family Mr AS lah, sekali, dia punya lagi grand.. huhuhuhu.. *termalu* =P

3. since we just thought of it was majlis merisik and perjumpaan family dengan family je, we decided to handle the lunch. so, kami sefamily lah yg masak hari tu. juadah lunch boleh tahan banyak gak la bagi izzy.. tapi ma still kate sikit. huhu. we served tomyam campur, ikan siakap 3 rasa, ayam percik kelate, kailan ikan masin, telur dadar, and puding karamel. bayangkan la kami 3 org chef (ma, my sister and I) buat benda2 tu dengan pertolongan my three brothers. hehe. memang macam tongkang pecah la dapur tu. dah la start masak lambat.. hehe.. kenangan btul la.. yang kelakar, adik lelaki ketiga, Lee kejenye potong ayam and siang sayur. and yang bongsu, Yo, buang mata nenas.. hahaha, dah la dua2 tu xpenah seumur hidup tolong kat dapur.. memang gelak je la.. but, i really thanked them for making my day. =)

4. apam polka dot tu siap mase family Mr. AS dah sampai. orang tengah bincang2 kat ruang tamu, Izzy kat dapur dok buat apam. hahahaha..

5. ini yang paling xlarat. I cut my finger. nervous punya pasal. so, kantoi jari berbalut mase sarung cincin. =P


 

hiyerrrrrrrrr, saya minah kepochi yang cut her finger during her engagement ceremony. memalukan. tapi seb baik bakal mak mertua cakap "takpelah, tandanya dia masuk dapur" hahahahaha.. nasib baik dia tak cakap "haaa. tu tandanya dia jarang masuk dapur- tak biasa ngan pisau.." =P
 
 

Tarikh penting

Assalamualaikum wbt
 
Yes, seperti yang telah diwar-warkan sebelum ni, inshaallah, tarikh nikah kami ialah 31/05/2013 bersamaan 21 Rejab 1436 (Friday) and Rejab tu bulan ke 7 dalam kalendar islam. Inshaallah. Doakan kami =) Memang rancang untuk ambil keberkatan hari jumaat untuk mulakan hidup baru dan juga untuk eratkan silaturrahim.
 
Dan secara simplenye, aturcaranya ialah..
 
pagi - ENGAGEMENT CEREMONY
an hour after - AKAD NIKAH
after zuhr/jumaah prayer - RECEPTION
 
 
tak tau lah samada orang lain perasan ke tak, tapi pagi2 tu kami akan bertunang dulu and all this while, i kept mentioning my future other half as En. Tunang. hehe.. no no no, bukan saya yang gatal2 nak ngaku eh, tapi memang betul, he is my tunang, unofficially =P to cut things short, inshallah, there will be an entry about it. =) dah penah buat entry for our previous blog, tapi since blog tu dah di ' anak tiri' kan terpaksa la move few entries here later.
 
So, that's it. so far that is our plan. semoga apa yang kami plan ni sama dengan plan yang telah Allah tetapkan pada kami. Jika tak sama, I know His Plan is greater and the best for us. Keep praying!!
 
 
 

 

....

haish, tetiba rasa macam takmau kawen je. mood swing semakin menjadi2. sementara single ni ok lagi la, xde sape nak terasa lebih2, nanti dah kawen, confirm2 husband yang kena kan? haih, kenapa ek? kenapa selalu jadi macam ni? bile bace blog orang lain, diorang macam in love habis je ngan tunang or bakal husband tu? nape i xmacam tu ek? sensitivity terhadap tunang sendiri pun macam kurang je.. macam takde perasaan pun ade, boleh x macam tu? apesal diorang boleh tulis ayat jiwang2 kat tunang diorang eh? ade supplement x nak makan supaya jadi lovey dovey macam tu? adoyai. menyampah pulak bile ade perasaan macam ni. nak lari2 terjun laut lahhh..

Thursday, January 17, 2013

The Date is Finally REVEALED


Inshaallah =)

Tuesday, January 15, 2013

Stay Tuned..

for the BIG news WILL come....


Assalamualaikum wbt


Finally, our 'Save The Date' is done.. hehe.. alah, cikai2 je. tak se havoc mane pun. Cukup dengan harapan the guests will pencil our date in the calendar and include us in their planning too =)



So, keep having patient for i will paste it on this coming Friday. Inshaallah =)




till then, keep us in your prayers too!!


Sunday, January 13, 2013

Watak utama doorgift - CHECKED

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, watak utama untuk doorgift sudah dibeli semuanya.. =D 




now, kena cari watak sampingan pulak =P


Friday, January 11, 2013

kisah selamba hari jumaat

Assalamualaikum wbt..


Kisah menarik hari ni.. dengan selambanye kami (en tunang and I - of course ditemani housemates tercinta) terbook peti sejuk and tv led 32 inci.. hahaha.. selamba amat. macam book turn kat carwash je gayanya..

al-kisahnya just nak survey2 harga peti ais kat kedai tu. xde niat nak beli or book pun. tanya punya tanya memang harga dia offer agak murah lah berbanding dengan kedai2 lain yang ktorang dah penah survey dulu. so, agree nak beli peti ais tu. cash tau. memang dah plan takmau hutang sebab harga akan jadi mahal. tapi yang kelakarnye cakap kat tukang kedai tu paling awal nak amik dalam bulan mei. seb baik dia bagi. then, mase nak bayar deposit tu, dia offer lagi. tv plak. 32 inci dengan harga yang agak murah dari dia letak kat situ. rasanya dia letak dalam rm1399 kot. memang tv yang ade jenama la jugak. bukan cikai2. sebab offer? belian atas belian. since kitorang pun memang bakal dok rumah kosong, so, why not grab je terus opportunity ni kan? hopefully kitaorang jimat banyak la. 

bukan ape, i was thinking, baik cari awal2 since we have the plan. yelah, kalau nak beli lepas kawen then time tu xde sale, terpaksa keluarkan duit yang banyak gak untuk beli benda2 tu semua. sebab semua benda tu kire keperluan asas for us. err, tv tak kot. tapi untuk menghilangkan bosan, we need that too. =P . lagipun segan pulak kalau family datang rumah takde tv. mesti bosan. 

so tadi just bayar booking payment. for two things ni letak rm199 je dulu. yang lain bayar lump sum when they deliver the things. rumah bakal kami menetap? haruslah rumah encik tunang sebab dia dok sorang now. 

oh ye, those who are wondering where to buy electronics appliances, quite cheap ones (+ if you live nearby. orge kelate xyah la dtg shop kat sini.. over sangat tuh!!), you can go to DJ Electronics in Gemencheh, in front of Maybank. dekat tapak pasar malam. lagipun boleh nego lagi ngan dia. one more thing, they promised if taknak barang yang we book tu and we want to change to others yang lagi bagus (maybe) we can do so. yelah since we all pun nak amik lewat, maybe that time kuar offer yang lagi bagus, boleh grab yang offer baru la. so, worth the money jugak la kan? inshaallah.

we pray semoga Allah mudahkanlah segala urusan kami. dari preparation nak majlis sampai la ke preparation untuk selepas majlis. doakan untuk kami jugak. =)

  

Adab- adab Isteri terhadap Suami


Artikel ini diambil dari blog PakarCinta.com
I think it's worth sharing. sesuai untuk semua orang - bakal isteri, sudah menjadi isteri dan juga para suami. =D

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
i hope i'm a lady (wah, lady kau!!) who won't bother to listen
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
hihi, okay2. yang ni kena take note sangat. bak kate encik tunang, kalau dua2 tengah marah, dua2 kene diam.. sebab hati masing2 tengah jauh. so, bile hati tengah jauh, cakapnye kena jerit2 lah.. tunggu masing2 sejuk dulu baru discuss. marah kan setan.. 

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
haha, bab pmpuan macam kanak-kanak ni yang tak tahan ni. ustaz idrus eh, ustaz azhar idrus pun ada cakap about this. and i admit it. macam kanak2 sangat =P. tapi suami pun agak2 la nak gurau ek? kalau gurau pasal poligami tu memang tido luar la kot. kikikiki... tapi bak kata colleagues kat skolah, izyan ni innocent. sume benda dia nk caya kalau orang cakap ngan nada serius. yes, i'm that type of person. so rase sangat hampeh kalu orang gurau/tipu dengan nada serius. eeeeeee.. kalau boleh gigit hidung manusia, mmg dah lama saya gigit.. 

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
oh ek? kalau dia potong sendiri xleh ke? hehehehe
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
dah terbiasa ngan arahan ma and abah. inshaallah, ok kot. especially kalu setakat suruh buat air mase tengah tengok citer kegemaran, itu dah biasa sangat =P. kalau suruh masak bile dah ready2 nak tdo pun dah biasa.. hahaha.. so, at your service, sir!!
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
hahaha, tak tau la.. selama ni, nak makan ape, semua saya yang decide. oh, kne ubah style la plak lepas ni. bab masak ni yang hampeh sikit. saya bukan takmau masak ape dia nak makan, tapi saya takut saya xreti nak masak.. hehehe.. kire menderhaka x? haha. (halasaaan kau izyan, internet kan hado?? google je. sedap tak sedap belakang kire. asal nampak muka masakan dia nak, cukup!!) =P
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
haha. will try my best!! tapi masalahnya, segera dijahit tu. tunggu mase free bleh tak? (ade je bnd yg nak dibantah. sorry la encik writer ye)
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
okay, encik tunang, nnt i pack berus gigi skali masuk dalam beg u k?

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
ye baiklah.. 
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
guna duit sendiri kena mintak kebenaran gak ke?
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
supllier minyak wangi tu suami la kan? hahaha
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
nanti kena stock up karipap segera, cucur segera, apam segera, biskut segera, eh!!.. sume segera, macam tak sihat jugak je. nak makan karipap by teatime, pkl 2 dah kene siap2 la nampak gayanya. hahaha.. 

ye, itu dia segala adab-adab yang boleh dipraktikkan.. hehe.. asyik pmpuan je kan? ni ha, ade gak artikel for husband2 sekalian. 10 Sifat Suami Yang Baik
eh, dia bagi penutup. jap2 nak paste. =P
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.”

Wednesday, January 9, 2013

Save The Date Ideas

Assalamualaikum wbt..


Malam-malam buta ni nak bebel pasal Save-The-Date.. Penah dengar tak? Mesti la penah kan? Biasanya Save-The-Dates are sent out 6-9 months before the wedding date. and of course la originnye ialah from Western countries. Tapi now, i think kat Malaysia pun dah meluas sebab dah banyak vendors kad kawin amik upah design and cetak Save-The-Dates ni. Cuma I je yang tak penah dapat =P. hehehe..

So, memalam citer pasal ni mesti la nak kaitkan dengan diri sendiri yang tengah plan nak buat Save-The-Date. hehe.. =P Since ramai sangat yang tertanya- tanya bila la tarikh langsungnye, plus rasa macam melampau plak nak reveal bila kad dah siap, so, i am planning to design our own Save-The-Date photo or maybe printed version on a cheap card. masih dalam planning lagi. but inshaallah, kalau ada masa nanti, will produce one and tag sume yang berkenaan kat fb. hehe

So, jom la layan- layan ideas Save-The-Dates. tapi of course la TAK ikut gaya2 omputih..  



pictures takenn here

more ideas on Praise Wedding



err, tapi nasihat sikit. kalau nak buat Save-The-Date tu tak perlu la gambar peluk2, kiss2 bagai ye.. selagi tak halal for each other. berdosa besar. hehe.. (risau plak paste gambar and link entah2 ape2, kot2 ade yang lurus bendul pegi buat sebijik macam omputih sekalian tu =P ) 

so, abis citer pasal Save-The-Date Version 1.0

kalau ade idea nak buat, muncullah nanti Save-The-Date Version 2.0

Stay Tuned!!



Tuesday, January 8, 2013

kad saya kawen =P

Assalamualaikum wbt


alhamdulillah, satu lagi item dalam checklist yang boleh dipotong, 

WEDDING INVITATION CARDS dah tempah.. =)


doa2 semoga takde drama berkaitan kad kawin plak lepas ni. Semoga Allah permudahkan..


Selepas survey a few places, we decided to tempah di kadborong


takde la murah sangat sebab penah jumpa yang lagi murah. kat Tampin. tapi tak amik ngan vendor Tampin sebab dia tak sure leh siapkan on time, our cards. so, play safe, we choose vendor yang tak bermasalah =)


WEDDING INVITATION CARDS - CHECKED 

Dilemma...

dilemma... dilemma...


dilemma nk pilih tarikh utk reveal tarikh kawen kat sume orang.. hehe.. everyone seems to be waiting. =P