Monday, April 29, 2013

Vanity =P

Assalamualaikum wbt..


ini adalah entry kesinambungan DIY fabric hand bouquet..

kenapa vanity? 

anda nilai sendiri =P





progress: 80%

lagi 20% adalah untuk tangkai dia. xkan mau pegang dengan wire hijau tu kot.
tak gorgeous la kan? 
=P



tak tahu la ape ke halnya pegi amik gambau camtu. layan kan aje..






inilah penyebab kenapa entry kali ini di title kan sebegitu rupa...
ampun kan sayaaaaa... =P



Sunday, April 28, 2013

What is your LOVE language?

Assalamualaikum wbt..


What is your love language? 


Pembuka kata je dah sergah orang dengan soalan. Ampunnnn... Hah, apekah itu love language? love language tu ialah bahasa cinta.. hahaha.. yes, i know the definition doesn't help much sebab tu just translation bukan definition pun =P hehehe..

Actually I should write about this earlier. Right after I attended Seminar Baitul Muslim hari tu. Tapi sebab emmmm, tak mau lah list down kan alasan yang bertimbun tu. =P Jom la sambung cerita about bahasa cinta.. hahaha..

Thanks to Kak Wardina Safiyyah yang share about this. Seriously, sebelum ni tak pernah tahu rupanya encik Gary Chapman dah keluarkan buku tentang 5 Love Languages. Dia dah buat kajian about it. Cool Encik Gary!! Boleh la saya guna untuk pikat hati orang2 yang saya sayang. hehe =P

Untuk yang dah tahu, syabbas betta!! yang tak tahu, boleh read. Mesti ingat saya nak cerita about it kan? Memang la nak cerita, tapi xreti la nak guna ayat skema. Kalau nak definition yang lagi bagus, boleh tanya Sheikh Google by typing 5 Love Language or "5 Bahasa Cinta" you sure get what you want. Nak lagi best, beli buku Encik Chapman "5 Love Language". Untuk your children pun ada. 

Basically, dengan ilmu ini kita akan lebih memahami pasangan kita, atau orang2 tersayang bagaiman cara dia berkasih sayang dan apa switch yang boleh buat seseorang tu sayang kita. Begitu juga untuk melayan kerenah anak2, budak2 kecil. Boleh tahu apa yang buat budak tu suka dan sayang kepada kita. So, parents and teachers, boleh start searching for the book. 

Mengikut Chapman, ada 5 bahasa cinta (that's why nama dia 5 Love Languages bukan ten or hundred =P). They are Words of Affirmation, Acts of Service, Receiving Gifts, Quality Time and Physical Touch. Biasanya benda2 ni yang akan buat kita gembira kan? orang puji, orang tolong, orang bagi hadiah, orang luangkan masa untuk kita dan orang sentuh kita. Tapi apa yang dominan sebenarnya dalam diri kita? Tak semestinya 1 je yang dominan, ada orang suka semua benda yang di atas tu.

Oleh itu, kalau nak tahu lebih lanjut, you can take this test. Masa first time amik test ni dulu, sangat tak sabar nak tahu result supaya boleh lebih kenal diri sendiri. =P

So, what is my love language?

Profile Scores:

3 Words of Affirmation
7 Quality Time
7 Receiving Gifts
11 Acts of Service
2 Physical Touch

AND THE WINNER IS.......


For these people, actions speak louder than words.

Dalam banyak2 tu, I really love the acts of service. apa huraian nya? okay, i copy pasted from here

"Pernahkah anda merasakan sangat berbesar hati, rasa dihargai dan begitu suka terhadap 

seseorang yang mahu membantu meringankan kerja anda seperti seterika baju anda, 

masak untuk anda, tolong buang sampah untuk anda tolong bayarkan bil untuk anda, atau 

ada yang ingin membantu anda dalam memahami mana-mana subjek pelajaran yang anda 

rasa sukar untuk faham? Lebih-lebih lagi, perkataan yang anda suka dengar dari 

seseorang itu ialah “biarkan saya buat untuk kamu’’. Golongan yang memiliki bahasa cinta 

ini mereka tahu betapa sukarnya untuk mencari seseorang yang secara semulajadi yang 

ingin menawarkan bantuan kepada mereka. Bahasa cinta yang  keempat ini ialah “acts of 

service’’.


as well as from here

Can vacuuming the floors really be an expression of love? Absolutely! Anything you do to ease the burden of responsibilities weighing on an “Acts of Service” person will speak volumes. The words he or she most want to hear: “Let me do that for you.” Laziness, broken commitments, and making more work for them tell speakers of this language their feelings don’t matter. Finding ways to serve speaks volumes to the recipient of these acts.

"I must be someone yang tersalah born kan? Biasanya lelaki yang macam ni" That was the first thing that I thought when I knew it. but ahoy, Kak Wardina Safiyyah is one of those. Yes, dia sendiri yang mengaku. meaning that I'm normal. hahaha =P

Bila reflect balik, yes, it is. I really adore orang yang banyak tolong saya even to the smallest work like sharpen my pencil. =P but tak pernah happened la. Saya suka tolong saya. sangat3 suka. termasuk la budak2 yang suka asked "teacher, boleh tak saya bawakkan barang teacher?" budak ni memang the most special la. walaupun dia nakal, memang susah nak marah sebab slalu tolong bawakkan barang. hahaha..

So, Encik Tunang a.k.a Encik Bakal Husband, sila take note. Tapi to reveal a secret, he already knows it. Dah bagitau awal2, right after I did the test (and even forced him to take it too =)  Tapi honestly, this guy is really special la. Before we knew about these love languages, he already practiced them. hahaha. One of the things that he always did was, washing my car. =P banyak kali and since then, I never washed my car at the car wash. Tapi tu dulu la, when he was my next door neighbour. Sekarang dia dah pindah, so, memang benarlah, keretaku dah lama tak berbasuh =P See even basuh kereta pun boleh terasa disayangi =P So, don't belittle simple help. (i think, basuh kete tu bukan little dah). ni cerita before kawen la. after kawen tak tau dia cmne. 

Tapi memang susah nak cari yang suka offer help ni. sebab tu i susah terpikat dengan lelaki kot =P  
sebab kebanyakan lelaki suka orang serve dia, bukan dia serve orang. haha. 


Bila mintak en. tunang buat pulak, So, he's someone who values


This language is all about giving the other person your undivided attention

hah, amik kau... hehe. tapi kira okay lagi la. kalau dia jenis yang suka ayat2 madah pujangga tak ke haru!! hehe. i dah la lemah bab2 kata2 manis, menanam tebu dipinggir bibir ni =P

Kalau tengok result saya, I don't really like physical touch. Sometimes tu boleh la, tapi kalau nak sentuh2 every time tu rasa macam rimas je =P kadang2 kalau orang yang tak dikenali main tampar2 sentuh2, rasa macam offended pulak. and kadang2 tu benci sikit2. haha. tapi alhamdulillah, tak selalu la jumpa orang macam tu. So, sebab nature saya mcam tu, Allah memang letakkan saya di kalangan orang2 yang suka menolong. among them are both my parents. diorng suka tolong belikan things i like best. contohnya abah. hari tu sangat terharu sebab dia belikan jam yang harganya, even i can't afford it. time2 tu nak, time2 tu jugak dia tolong belikan. huwaaaa, belikan pun tolong jugak kan? hehe.. my mum pun sama. but she is more to the food, pantang keluar nama makanan yang teringin, tup2 dapat dah.. huwaaaa, lagi terharu. then, my beloved sister, Iroh. yang ni memang big time yang disayangi lah. She helps me in almost everything i want her to do. almost je, sebab ada time dia malas. hahaha. Even my wedding preparations ni pun, dia antara orang kuat jugak. I think dalam banyak2 siblings, dia yang paling adik beradik sayang kot. sebab suka sangat tolong walaupun kadang2 dia bebel, and muncung (muncung tetap muncung, tangan buat je keje. hahahaha). lagi satu, i love her jugak sebab dulu dia slalu tolong buat nota sejarah and agama islam. tapi baru sekarang dia mengungkit. haha. Iroh, I love you lahhh.. =P (eeee, macam geli plak PDA kat sini) btw, PDA is Public Display Affection. 

Next is Nurul Saqinah. She is the best housemate i ever had. sebabnya, masa belajar dulu, we went through ups and downs together. susah woo nak dapat peluang ups and downs ni. paling teringat sekali masa kena angkat tilam yang super berat. dah la berat, tengah hari terik, kena naik bukit lagi and naik tangga untuk ke tingkat 3. huh, nostalgic sangat. but this made me realize how grateful i was (and still am) to have her as my housemate. then, lagi satu paling terharu, dia penah masakkan lasagna. balik2 lepas siap 1 assignment, terus boleh makan lasagna. subhanallah, sangat nikmat. kalau saya ni jenis yang suka physical touch, maybe dah pegi peluk2 Nurul tu. haha =P 

yeayy, seronok cerita pasal ni. walaupun dah jadi kenangan, it sure be among memories i didn't want to forget. and i'm ever so grateful sebab sepanjang stage hidup, I always have people who would make me feel i'm loved (walaupun, they may not love me =P ahhhh, it doesn't matter. yang penting dalam hatiku ada taman. hehehe)

wah, panjang lebar entry kali ni. Seronok bila tahu about it. So, what's yours??

Saturday, April 27, 2013

DIY Fabric Flower Hand bouquet

Assalamualaikum wbt..


Happy Saturday everyone!! Tapi hari ni was a schooling day for me. Huhu.. sekolah ganti =P

Lagi 3 hari before May. It means in three days, i'm going to announce kat fb that i'm getting married. nervous!! 

So, sekarang ni everything seems to be on track. seems je la.. lepas ni tak tahu ape yang datang. cuma up until now, i'll keep on praying so that Allah will ease everything for us and for our family. semoga semuanya berjalan lancar baik persiapan sebelum, semasa dan selepas majlis. Aameen.

and sekarang, as the title suggests, i am on another project, iaitu DIY Fabric Flower Hand bouquet.. thanks to Mr. Google kerana tiba2 saya jumpa banyak sangat tutorial yang bermanfaat untuk buat handboquet ni. (^_^)

Sangat2 berterima kasih dengan pemilik blog ini, kerana dengan crystal clearnye mengajar how to make the hand boquet. So, sape2 yang nak buat jugak, please click HERE.


since post ni memang dedicate untuk fabric flower hand bouquet, i'm not going to say more, jom layan gambau yang tak brapa nak banyak ni.  zassssssss....


                                             











hehehe, ampun. 3 gambar je yang ado. actually ni bukan real hand bouquet yang akan digunakan pun. saja try2 nak buat. lagipun, every night tak tau nak buat apa. inshaAllah, bila dah siap ni, akan upload lagi the end product. 


that's all for now. =)


Sunday, April 21, 2013

Official Wedding Website & Rambling

Assalamualaikum wbt


Waaah, dah lama rasanya tak update blog ni secara serius. take note ye, update wedding checklist ada lah bukan update secara serius sebab tak disertakan bebelan, rungutan dan kekecohan seorang bride to be. =P

btw, alhamdulillah, setelah bersengkang mata seharian, finally i finished editing my official wedding website. kudos to myself. yahoooo... seronok kot sebab before ni, asyik pening2 what should i write and include there. thanks Allah, semalam Dia bagi ilham and tadaaaaaa, finish in no time =P hokeyyy, exaggerate sangat.. hahaha

inshaallah, our official wedding website will be launched (wahhh, ade launching siap, kelas kau jahhhh =) on the 1st of May. Lagi 10 hari. hehehe.. sabau2. takde la grand mana pun, tapi bak kata orang, saja je nak look forward to something kan? kalau life dull je, have nothing to expect or look forward too, tak best jugak. 

Well, lagi 40 hari to go.. basically, dah merasa debaran nya sebab tidur dah mula tak lena, dah mula mimpi2 benda yang entah ape2, dah mula fikir what ifs. hayyyooo... risau dengan every single thing yang related to wedding nih. dah mula risau jugak what to eat and what's not sebab badan dah tak berapa nak kecik =P

seriously, macam2 ada. tapi, maybe ini ialah nikmat jugak sebab tak semua dapat merasa perasaan ni kan? dan mungkin perasaan ni hanya akan tiba sekali sahaja seumur hidup. melainkan kalau Allah takdirkan jodoh banyak. tapi i believe the first marriage mesti yang paling sweet dan banyak kenangan, dan kecoh jugak =P takde lah pray nak kawen banyak kali pun, not even think of it. just a say. so, b2b yang sedang bridezilla mode macam i nih, let's cherish the moment. haha. 


hiasan hantaran belum siap. kalau kira peratus baru 5% kot. hahaha. barang pun baru a few beli. bunga memang tak beli lagi lah. sangat teringin nak guna fresh flowers tapi bila memikirkan banyak kerja lagi yang perlu dibuat 1,2 days before the wedding, mungkin tak kot. risau if tak sempat nak gubah ke ape. 


rasenya ini sajalah bebelan kali ini. kita jumpa di bebelan yang lain. =P 

wassalam. 





Thursday, April 18, 2013

42 days to go...


Assalamualaikum wbt


42 DAYS TO GO...



Majlis Bertunang
Baju Bertunang – done
tudung – takde lagi


Majlis akad nikah
Dokumen
Borang nikah – LULUS
HIV – done
Kursus kawen – done
Dokumen pihak lelaki – done
Gambar passport – done

Hantaran
1. cincin – done
2. kasut, belt, wallet – done
3. buku2 – done
4. jam – done
5. set baju kerja – done
6. set baju bertandang – not yet
7. kuih2 – not yet
8. buah2 – not yet
9. sireh junjung / pulut semangat – not yet
Hiasan hantaran
1.       Kotak – guna dulang hantaran. dah ada =)
2.       Bunga2 – not yet
3.       Bekas cincin – not yet
4.       Polystyrene – bought

Outfit
Baju akad nikah – done tp tak beading lagi
Tudung – not yet
Veil – not yet
Kasut – not yet
Inner jubah – not yet

Lain-lain
Mini Pelamin – booked  (guna pelamin sanding tp no kerusi and less bungaan)
Makanan – ma handle
Photographer – abah booked / izzat

Reception

Outfit
baju sanding – fitting 25/3
tudung – included
veil – included
kasut – included

food
catering – booked
khemah – booked

doorgift
paperbags – done
yassin – done
kismis – not yet/ ma beli
1 special gift – done
Ribbons – done
Wrapping cloth – done
Sweets for kids – not yet/ ma beli
Doily papers – done
Tq tag – done

Announcements
Kad kawen – done tp tak distribute lagi
cop - done
Bunting – tak siap lagi
Fb invitation - not yet
Wedding website – not yet
Calls and sms – not yet

Lain- lain
Guestbook – not yet
Photographer – abah booked / izzat
Songs – not yet
Deejay – not sure
Pelamin - booked
bunga telur - bought

After reception
Baju bukak hadiah – dah tempah tp xsiap lagi
Honeymoon – rahsia =

Set bilik tidur
Katil – xbeli lagi
Cadar – dah ade 2. Xtau nk pilih mana
Bantal2 – bantal yg gebu2 xde lagi. Kena beli
Bolster – confirm kena beli
Carpet – dah beli 1 kat nilai 3
Perfume bilik – xde lagi

Homestay encik tunang
Rumah – abah dah book
Hotel – done
Kereta sewa - Li in charge


Post wedding shoot (the day after)
Outfit – akan fitting later
Photographer – izzat
Tempat – have few on list

Bertandang
Outfit – kain dah dapat, tapi xtempah lagi
Veil – bakal ibu mertua sediakan
Tudung – bakal ibu mertua sediakan
Kasut – guna kasut wedding yang sama
Homestay family – bakal mertua uruskan
Rombongan – abah uruskan
Baju after majlis – tengah jahit


Alhamdulillah, so far so good. (^_^)

Sunday, April 14, 2013

Dulang Hantaran

Assalamualaikum wbt...


Finally I got the dulang hantaran 
(not sure nama sebenar dia. alah, tempat letak barang hantaran tu la...) 

for FREEEEEE...


=P


tapi bentuk out of date la. xde la bentuk2 basikal, sarang burung, kete kuda etc tu.. 



but at least save my money..





sekarang tengah gigih google ideas for decorations. 

huhuhu, blank lagi nih


Wednesday, April 10, 2013

Kisah Borang Nikah

Assalamualaikum wbt


Second post for today. and second good news too. alhamdulillah all praises to You. Abah called this evening to confirm that permohonan kawen dah LULUS. dan masalah salah alamat was settled. abah kata, pejabat agama just concern borang permohonan kawen from pejabat agama tu je. dia tak amik pot sangat alamat yang tertulis kat borang pengantin lelaki tu. actually, masalahnya ialah alamat tempat tinggal yang encik tunang tulis ialah alamat di Melaka ni. nampak macam salah sebab diri sendiri tak penah guna alamat kat sini untuk ape2 urusan. kalau alamat surat menyurat, i memang guna alamat sekolah. untuk hantar dokumen penting2, terus isi alamat kelantan. maksudnye alamat tempat tinggal kat Melaka ni memang tak wujud lah. hehehe. =P

Since the documentations are settled, i am relieved. ehhh jap.. sedih jugak sebab memang betul2 kena kawen dah. bukan main2, bukan mimpi2. huhuhu. xpuas lagi bermanja ngan ma abah. sedih bila priority bukan kepada ma abah lagi. lepas ni, tak tahu life ngan husband camne, how he will treat etc. since abah and ma memang treat me really3 well. ma abah memang the best ma abah ever. dengan husband ni, mungkin xkan dapat everything yang i nak. kena tolak ansur. seriously, bile fikir bab ni, macam tak ready pun ade. =( i hope i can survive. inshallah and pray for me too. 

ok. got to go. dah nak masuk maghrib.. nite2.


Of general election and tarikh kahwin

Assalamualaikum wbt

from fb

Alhamdulillah, I am online to sight a really good news of the year. POLLING IS GOING TO BE ON 5TH OF MAY 2013. yeayyyy, seronok sangat. bukan gedik nak kawen tapi sebelum ni memang sangat2 risau takut general election jatuh pada tarikh kawen. huhuhu.. kalau x, mesti dah depress. bukan ape, tak mau la orang terkejar2 situ sini. nak kenduri lagi, nak buang undi lagi. dah la ni first time i mengundi. haruslah dalam keadaan yang aman damai and tak rushing kan? 

seriously rasa sangat tenang. thanks so much Allah. =D 

yes, i can sleep and smile ^_^

Sunday, April 7, 2013

The 7th Weekend and after..

Assalamualaikum wbt


the seventh weekend and after, i shall be with you forever...


wah, ayat tak mau kalah tu =P padahal terfikir ayat ni sebab berdebar. huhu. asyik dok ralit buat persiapan majlis je, tibe2 terinsaf sikit. terinsaf ape? tentang persiapan mental, fizikal dan paling penting spiritual. huwahhh, amek kau izyan.. baik buat checklist dan refleksi untuk persediaan2 itu.. huhuhu

freak out sebab masa semakin singkat sedangkan banyak lagi benda yang tak setel. termasuklah persiapan2 yang di atas tu. tapi kata orang, kalau nak tunggu 100% ready baru nak kawen, memang tak lah kan? sebab nya, hari2 kita kena berusaha untuk jadi bertambah baik. so kalau nak tunggu masa dan hari paling baik, memang lepas mati la baru kawen kot kan? =P hahaha.

so, sementara ada masa ni, nk list down untuk diri sendiri, ape yang patut improve and buat sementara the 7th weekend arrives.


persiapan spiritual 
- amalkan baca quran at least 1 muka a day (inshaallah, harap istiqamah)
- hafal balik surah2 pendek
- baca banyak2 buku agama yang membincangkan hal munakahat
- hafal doa2 yang patut (tak terhafal lagi =P)
- doa semoga Allah berikan mawaddah dan sakeenah dalam rumahtangga
- doa supaya Allah kuatkan kesabaran


persiapan mental
- belajar & bersedia untuk sabar 
- belajar & bersedia terima teguran 
- belajar & bersedia untuk hormat
- belajar & bersedia untuk give and take and share (i dont mind sharing anything, but not my bed huwaaaaaa, big time problem) 
- bersedia untuk tukar prioriti dari Allah, Rasul, Ma, Ma, Ma & Abah kepada Allah, Rasul, Suami, Ibu bapa suami dan ma abah =(  [part ni paling sedih. rse mcm tak sanggup lagi nak prioritize orang lain dari ma abah sendiri huhuhu..dan2 rase takmo kawen] 


fizikal 
- manicure & pedicure 
- aromatherapy massage (booked)
- lose some weight (on the way =D semoga sempat) hehe
- jamu (mmg dah start consume since last year. tp on off. huwaaa)


okay, so far ni je boleh list down sebab distracted ngan WECHAT.. hahaha, dok ber WECHAT ngan iroh terus mood serius lari. hahaha


till then..





Saturday, April 6, 2013

Kisah Kawen Sepupu & Bilik Pengantin

Assalamualaikum wbt

Malam ni, i skip going to gym and thinking of going to bed super early, tapi bila mangingatkan, tak elok tidur antara maghrib dan isyak, terpaksa  teringat untuk update blog. =P 


Alhamdulillah, TQ sticker and reben dah siap. walaupun relief sikit tapi tak relief sepenuhnya sebab masih banyak lagi yang tak siap.

hari ni cousin sebelah abah kenduri di Temerloh, Pahang. kenduri sambut menantu. to my surprise, my mom called me and told that their wedding theme  was also green and pink. but green is more dominant than pink. what a coincidence kan? mine is also green and pink tapi just little splash of green, and pink will be more dominant. 

the bride and the groom (my cousins) are both of my age. same goes to me and encik tunang. so, makin ramai 1987 born babies in the family. =) abah said, dia ngan mak itam dulu pun lebih kurang sama. dulu when abah married my mom, mak itam got married to pak itam a month earlier. sekarang ni, the anak- anak pulak. hehehe. Pojoi (my cousin, the groom) diijabkabulkan on 31st of March 2013 exactly 2 months earlier than us. hahaha. maybe lepas ni time anak2 kami pulak =P .. ok jauh sangat fikir. 

Since i didn't attend the ceremony, ma abah mewakili diri mengedarkan kad kawen kepada sedara mara belah Pahang. Kata ma, now, plan dah change a bit since dah ajak yang jauh2. dulu abah kata nak ajak yang dekat2 je. maybe dah terlajak sampai 2,3 pupu diajaknya. hehe. i totally don't mind. malah lagi suka kalau ramai saudara mara yang datang. cma berharap makanan tu nanti cukup. 

sekarang ni tengah pening pasal hiasan bilik pengantin. dulu ingat nak amik ngan bridal je, tapi hari tu dah beli cadar yang cantik, rasa macam tak best la plak kalau tak guna kan? so, finally decided to hias sendiri bilik tu nanti. lagipun, saya lebih suka hias sendiri walaupun tak kreatif sangat. for me, bilik dengan suami ialah satu tempat privacy therefore i don't like the idea orang coming in and out the room. so, baik hias sendiri kan? bukannya kami nak berposing dalam bilik tu pun nanti. encik tunang pun cakap, baik hias sendiri and kalu nak posing2 amik gambar pun, biarlah both of us and encik tripod je. hahaha. so, sekarang ni memang gigih dok google hiasan bilik pengantin yang sesuai. sesuai tu maksudnye cantik tapi mudah. hahaha.. =P

tapi tadi ma cakap balik suruh amik ngan bridal jugak since ramai sedara mara nak datang. still, saya tegaskan jugak tak mau orang bridal buatkan. hehe. then, bagi lah segala alasan2 yang terfikir di fikiran. oh ye, lagi satu, kl ngan bridal, cadar dia cadar licin kan? xsesuai nk buat tido. kalau pasang pun, kena tukar lain jugak. so, baik la letak yang boleh buat tidur terus. bila dah penat2 walimah the whole day, boleh terus tidur dengan aman tanpa rasa cranky untuk tukar cadar. so, natijah nye bercakap ngan ma tadi, i have to beli lebih banyak bunga untuk hiasan bilik. hmpphhh.. takpelah. demi perkahwinan ini.. hahaha. ayat tak larat =P

   
jom tengok hiasan macam mane yang akan dipertimbangkan. =)


gambar from here


yang ni maybe boleh buat sebab langsir pun akan dibuat ala- ala macam tu jugak.

al-kisah langsir sikit. =P when ma abah were in shah alam last week (sambil2 jumpa Iroh) ma popped out the question or was it ayat penyata about the curtains. so, i kata jom la tengok2 kat Jakel. but ma insisted to go to Gulatis. memang kainnye sangat mahal ok. tapi yang kelakar, boleh pulak terberkenan pesen langsir yang ade kat Gulatis tu. pesen nye sebijik macam kat atas tu je. so, langsir nanti tak guna kain langsir pun, guna kain biasa je. *alamak, lupa plak ape jenis kain tu* and tukang jahitnye ialah my dearest sister la, Iroh. 




taken from here


macam ni pun comel. tapi lebih kepada berkenan kat pasu bunga tu  je. hehe. inshaallah, akan g cari pasu bunga + bunga tu. 



doakan semoga projek hias bilik pengantin menjadi ye. =) 

till then..

Thursday, April 4, 2013

Wordy Wednesday - Wedding Wire Website

Assalamualaikum wbt

Wah title tak larat. 5W gitewwww. =P


Projek sekarang selain dari punch sticker and buat reben is menyiapkan pembikinan wedding website kami. (ampun la kalau salah guna perkataan tu =P ). hari tu ade tengok link website junior mase belajar dulu. cantik dia buat. terkagum sekejap. siap ade page intro tu. hehe. tapi bile godek2 balik, actually tu memang dah ready made. dia jadi personalized bile kite taip nama kita kat situ. 

but really, it inspired me. so, ape lagi. godek2 la kan. buat akaun bla bla bla. so, terjadilah wedding website kami sendiri. takde la grand mane, tapi enough to make me excited. tambah2 saya memang suka godek2 benda benda camni.

yes, as the title goes, i'm talking about WeddingWire.com

Wedding Wire ni actually untuk brides and grooms from US. banyak gak la dia provide for them some are not applicable for outsiders like us but ade some we can use contohnya dia bagi idea for handbouquet etc. you can check it out kalau nak tau lebih. =)


Tapi masalahnya sekarang ni, tak tahu nak tulis ape kat situ. clueless. hehehe. tulis2 delete balik. tulis2 delete balik. well i guess, jiwa kawen tu tak sampai lagi kot sampaikan nak tulis ayat pun bermasalah lagi. muehehehe.



Wordless Wednesday #2

from fb panduan islam


(^_^)


My attitude will always be based on how you treat me

Tuesday, April 2, 2013

Honeymoon

Assalamualaikum wbt


belum kawen lagi sibuk nak cerita pasal honeymoon. hahaha. bukan honeymoon saya lah. honeymoon orang lain. =P bila dah berkecimpung dalam blog b2b ni, baru lah tau rupanya ramai sangat pengantin2 pilih Krabi sebagai honeymoon spot. undoubtedly memang cantik. tengok gambar je pun dah tau cantik, apetah lagi bile pegi.. huwaaaa, mau pegi Krabi jugak. tapi budget nye non hado. lari banyak sebab lepas kawen akan fly ke UK. dalam bulan 7 nanti. haha, sila jangan salah faham. bukan honeymoon kat UK tau. =P I'm going to leave my husband kat Malaysia kejap sementara i joli myself kat sana ngan family. Sian encik suami nanti. =P Actually my second brother's going to graduate this July so my family dah plan nak pegi. kena plak mase lepas kawen terpaksa la tinggal jap. nak pegi honeymoon sana macam tak berbaloi. dah la tiket super mahal. everything's also expensive. pegi pulak for just 5 days. bulan puasa plak tu. tido kat accommodation yang cukup2 makan je. sebab we all dalam budget trip. yes, i have more reasons not to bring my husband tanpa rasa bersalah. 

and kami pun macam tak tahu nak stick to plan honeymoon yang mana. masa pegi Matta Fair hari tu, xde mood nak cari spot untuk honeymoon actually. tak tahu nape. tak teruja sangat nak honeymoon kot. asal kawen sudah. lagipun, lepas kawen, we may need A LOTTTT OF money. tapi kalau xpegi, macam rugi plak. we wont have time. sebab lepas kawen, kena pecut untuk ngaja budak2 UPSR. honeymoon lepas UPSR ok gak kan? hehe =P ingat nak cari kat Matta Fair bulan 9 nanti lah.. baru best sikit plan and g cari same2. tapi maybe tak seramai and semeriah Matta Fair bulan Mac kot. 


okay lah, dah abis bebel. i think the best way is go with the flow kan? dah kawen nanti, tau lah where to go, what to do.. inshaallah.