Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Saturday, December 8, 2012

Persedian mental dan rohani

Assalamualaikum wbt

Haish, asyik dok share persediaan majlis perkahwinan je ni. mental and rohani macam mana plak kan? padahal majlis perkahwinan (walimah) tu sekejap je. yang lama adalah perkahwinan itu sendiri. tanggungjawab lepas ni semakin bertambah. hati and maruah untuk dijaga pun semakin bertambah juga. dulu ma and abah sendiri je. in future, ade dia, ibu ayah dia, ma abah sendiri jugak. preparation pun kena semakin mantap la kan. nak jadi cikgu pun amik masa 5 years. apetah lagi kalau nak  jadi isteri solehah kan? yang darjatnya di akhirat sebagai ketua bidadari. huhu. tinggi tu. 

Now, kena banyak practice untuk sabar (walaupun kesabaran seems semakin menipis), kena banyak  solat sunat hajat supaya Allah mudahkan urusan walimah dan hidup berumahtangga, kena banyak istikarah semoga keputusan yang dibuat sentiasa betul (abah even suruh solat istikarah nak pilih tarikh akad nikah), kena sentiasa bersifat sederhana, bersyukur dengan apa yang ada. teruskan baca quran everyday, supaya ada ketenangan di saat-saat genting. lepas tu kena berjinak2 balik dengan pakaian yang sopan. hehe.. en.tunang bagi hint mintak pakai stokin, sarung lengan and tudung labuh. so, kena practice balik mulai dari sekarang. semoga Allah masih mahu memberi kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan. perangai pun dah kena insaf2 sikit. 

wah memang banyak nak kena prepare untuk perkahwinan ini. bukan setakat secara majlisnya sahaja tapi juga yang paling penting, kehidupan dan peribadi selepas itu. huh, berat2. tapi inshaallah, dengan doa, pasti Allah akan bantu, kan? 

semoga berjaya menjadi menyejuk mata kepada encik suami kelak. 


” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”



0 comments:

Post a Comment

Thank You !!