Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Thursday, March 7, 2013

Finally =)

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah... Happy sangat3 hari ni... hehehe. kenapa? sebab INVITATION CARDS dah siap. dan dah pegi amik... Subhanallah, memang rasa Allah mudahkan sangat urusan kad ni sebab bila dapat tu, terus jatuh cinta. En Tunang pun suka... =D seriously, feeling tu indescribable. Surreal tu sure lah. tbe2 dah ada kat undangan ke majlis perkahwinan sendiri kan? sebelum ni, asyik terima dari yang kawan, senior or junior je.. hehe.  

Alhamdulillah, pasal kad ni, memang tak de drama langsung lah. semuanya smooth je. dari first time kami bincang sampai lah ke ambil kad tadi, so far very good. menyenangkan hati. lepas ni tak tau, waallahu'alam. hanya Allah yang tahu apa yang akan terjadi pada masa depan kan? I xmau bayangkan yang buruk2, harapnya, our parents puas hati sebagaimana kami berpuas hati. 

Well, maybe both of us, tak xcerewet sangat pasal design, yang penting is THE CONTENTS. map la especially nye. kalau cantik, tapi map membawa ke kubur, memang not serving the purpose la kan... hehehe


About our invitation cards, rasanya macam murah la. RM 0.39 sekeping untuk dua lipatan. Both of us pernah surveyed card yang way cheaper than this price, tapi takde rezeki kot, sebab pakcik owner kedai tu called us 2 days after we tempah ngan vendor sekarang. but, this is the second cheapest yang both of us jumpa. tapi memang puas hati la. artwork dia pun memang memikat hati, plus, workers pun memang melayan kecerewetan us ni in term of information displayed.. hehehe


So, those kat melaka tahu kot kedai mane, sebab memang ramai yang tempah from dia. click link below for further details about the vendor.



kat situ ada dia punya fb.. so to those yang masih mencari2 tu, boleh la consider this one =)



pssttt: pakcik ZR a.ak.a owner dia tu, orge kelate k!! hehe.. 


so, sekarang ni, tengah tunggu bunting siap je. tengok bunting mcam mane, once dapat, akan update lagi.. hehe..


gambar kad?? emmmm, maybe akan update later... hehehe. gurau je.. here you go.. tapi ini je yg boleh display dulu. yang lain, kena tunggu jemputan sampai rumah =P



nak kat simple pun tak, nak kata serabut pun tak. kat mata i, rse mcm dah okay, tak tahu la orang lain kan? hehe =P



Friday, March 1, 2013

March is here

Assalamualaikum wbt



waa, it's March already. Time does fly so fast kan? Kalau ikukan hati, mahu je kawen bulan 3 ni. Tapi hari tu, both parents tak setuju dengan alasan yang sungguh logik, iaitu tak sempat nak ready. hehe. logik gak sebab both our parents are working parents. mana ada masa nak prepare sendiri kan? so, terpaksa la sabar for another 3 months. hihi =P


Bila March je, hati terus takut. hihi nape2??

1. Sebab kena g buat HIV test. Oh like seiously!! I HATE INJECTION. bak kata encik tunang, I HATE PICAGARI.  hahaha. Tapi, sape suke injection kan? huh, takut kot. Encik tunang dah memberi arahan, by hook or by crook, kena g wat dah HIV test tu next week. sebab dia nak balik Johor next weekend and submit borang nikah. huwaaaaa, tak mau amik darah. takut sakit!! just thinking of it, i feel sick. camno nak kawen nih?? tak boleh ke kawen without buat HIV blood test?? =(


2. Sebab i have less than 1 month untuk siapkan segala preparation yang melibatkan encik tunang.  why?? sebab masuk ke 1 april 2013 sampai ke hari akad nikah, kami akan berpisah untuk sementara waktu.. err, tak de berpisah sangat pun sebab i still can see him around at school, cuma we are going to limit our communication. nak bagi waktu to each other buat persiapan mental, fizikal, kewangan dan yang penting dari segi rohani sebelum bergelar zauj (husband yang baik) dan zaujah (wife yang baik). doakan kami ye if you guys are reading this.


so, that's all for now. tak sabar nak balik dan go meet my kesayangan kat KL.. =D

Wednesday, February 27, 2013

Surreal



surreal bila tengok nama sendiri sebagai nama pasangan kat online borang nikah. =P

My Future Home..

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah encik tunang dah dapat rumah sewa yang a bit besar for both us nanti. and corner lot plak tu. siap ada pokok mangga lagi. hihi, yang penting, dah terus terang dengan encik tunang yang i memang malas and tak suka berkebun, bercucuk tanam, merumput dan ape2 sahaja verbs ( perbuatan =P) yang melibatkan pengeluaran peluh dan tangan yang kotor. hehe.. so, sila2 lah  faham.

ni hasil terjahan rumah bersama dengan my housemate last Saturday. =)





semoga menjadi syurga kecil yang membawa kepada syurga yang besar dan abadi. aameen.


Wordless Wednesday #1



For Him...

Assalamualaikum wbt


Hihihi, ini bukan rahsia lagi. These are some of the gifts i'm going to give to my future other half. Untuk orang yang sedang blur (OH, I DID!!!) untuk bagi ape kepada your encik Him, you may get some ideas from here.


hantaran, sila beratur now!!!



1. Sepasang kasut  - errr, warna putih u ollsss... bile ntah dia nk pakai pun xtau. =P
2. Seutas jam - putih jugak.
3. Sehelai baju kemeja - hitam
4. Sehelai seluar slack panjang - hitam
5.  2 buah buku - Aku Terima Nikahnya by Ust Hasrizal & Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps by Allan and Barbara Pease
6. 1 set wallet and belt


ni baru separuh. another half takde lagi sebab sumenye makanan and sireh. hihi..

so, bagi sape tak de idea tu, boleh lah bagi benda2 yang memang common orang bagi. Actually, macam pelik kalau tak tau nak bagi ape kan? sebab there are so many things to give. kalau kaya, dah lama dah bagi encik him ni kereta n rumah.. hahaha =P

Currently working....

Assalamualaikum wbt


Yes, I'm currently working on these....




oh, apekah ini? hahaha. mungkin ada yang tanya sebab gambar memang ala2 cuba teka siapa saya kan?

ini ialah segunung paper bags for doorgift nanti. yes, first appearance. red in colour. hehe.. memang warna tema kawen saya ade macam- macam ada =P


berjaya membuat 50 in 5 days. do i sound pretty productive this week? hehe.. untuk B2B yang perasan busy macam saya ni, yes, i do sound productive. =P


btw, ni hanya picisan je. kat rumah dah siap 400 ++. leave me more or less 150 pieces to go. inshaallah, semoga Allah memberi keberkatan masa. =)