Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Sunday, December 30, 2012

Beli barang hantaran

Assalamualaikum wbt..


Dah lama tak update blog ni. Err, it doesnt mean i've stopped doing the preparations, tapi more to getting ready for school untuk dibuka. So, persiapan stop kejap kot. Tapi betul ke stop? tak kot. selagi tak lepas majlis, lagi tu lah akan buat. kalau tak banyak pun, sikit2. 

Semalam (29.12.2012) sempat la pegi shopping2. kat KL tu. Rela naik train dari Sg Gadut sampai ke KL Sentral untuk pegi ke Sogo and Mid Valley. Berbaloi la sebab banyak barang dah dapat. tinggal 2,3 barang lagi je. =D and i'm vey happy sebab finally dapat barang2 idaman. Thanks to You- Know- Who.

So, barang2 yang dapat semalam.
1. Seluar Slack encik tunang
2. Buku2 agama encik tunang
3. handbag and purse kesukaan saya
4. Set Pewangi kesukaan encik tunang untuk saya
5. buku agama untuk saya. 

Tapi pokai rase kejap. hehe. Syukur ade bonus akhir tahun ni, boleh la habiskan beli barang2 tu. So, it's one more day to New Year 2013.. semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Inshaallah..

Wednesday, December 19, 2012

Al- kisah 'abang'

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya memang sangat bengang dengan 'abang' saya.. for all these time, i've been so good to him. sangat bagus kot. tak penah nak kacau, tak penah nak suruh wat keje. now, bagi keje sikit je, dah buat perangai... xmau jalan, siap gumpal2 kan kertas lagi. aaaaaa, i hate you soooooo much, PRINTER BROTHER..


huhu =( nangis la.. banyak lagi stickers tak siap print ni.. benci anda printer.

Dress Nikah

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, another achievement for today, DRESS NIKAH DAH DITEMPAH. hehe

Alhamdulilah 3x. wah, bunyi macam grand je kan? don't be. biasa2 je. tak de la amik tailor glamour pun. tempah ngan orang kampung je. nak jahit sendiri tak mampu. nak jahit baju koyak pun terketar2. ni kan pulak nak jahit dress nikah. =P

Tapi macam takut plak tempah and diukur badan awal2 sebab takut mengembang lagi. huwaaa, nak kurus. pengantin mane la tak mau look good mase wedding dia kan? me too. nak look good and kurus sikit. takmau nampak lemak merata2. hadehhh.. abah cakap ade mase beberapa bulan ni, usaha la sikit. huhu. yelah. usaha boleh. tapi takut tak cukup usaha nak elakkan food.. ma, boleh tak nak kurus in a blink of eyes.?? haha, dream on la kan. =P

Tak kisah lah.. bebel2 kat sini pun tak guna kalau tak usaha betul2 kan? yosh!!! ke arah tubuh badan  yang lebih kurus, sihat dan cergas.. =D 

Canopy + Catering lagi...

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang Maha Besar. =) Happy sangat sebab dah dapat caterer +  canopy + meja kerusi. ALL IN ONE. hehe.. and dah terus book. Harga pun memang bagi saya, tak mahal. means, less than RM10 per pax. Wah, sangat tak sangka kat Kuala Krai pun ada. Boleh tidur dengan aman now. =D


so, check balik checklist yang due datenye 24/12/2012

1. borang nikah - abah kate nak amik, xamik2 lagi. huhu

2. Survey and book bridal - CHECKED

3 Caterer - Alhamdulillah CHECKED jugak =D

4 Theme colour - Dah ada dah. Ma pun dah pilih warna family. CHECKED 


Alhamdulillah after 10 days tinggal 1 je yang tak setel. hehe..

Rasanye so far everything is on track. tapi tak leh tarik nafas lega selagi tak kawen. hehe.. syukur alhamdulillah sebab part yang besar2 dah 1/4 setel. 


sekarang ni, gaji pun dah dapat + bonus, boleh la beli doorgift yang lain2 plak. inshaAllah. 


Tuesday, December 18, 2012

Personalized Yassin

Assalamualaikum wbt


Projek sekarang ini ialah membuat doorgift. hehe. apesal awal sangat ni? =P

no lah, i don't think it's too early since lepas ni dah tak payah fikir nak siapkan doorgift yang banyak tu. plus, tak payah nak mintak tolong ramai orang siapkan before majlis. 

so, project pertama ialah personalizing yassin booklet. wah, macam grand je kan? haha. bukan lah.  bukannye buat macam yang orang commercialize tu, tapi just tampal2, a piece of paper thanking people who'll be coming. tapi biasa lah, masih perlukan designing process. tapi alhamdulillah, sekarang dah phase printing pun. meaning that designing tu dah setel. zillion thanks to en. tunang for designing the thank-you sticker, for keeping up with my fussiness (yes, i'm very hard to deal with =P  ), and for changing it thousand times (alright, am exaggerating! takde la sampai thousand kan?). 

malam ni, by hook or by crook, kena siapkan printing ni. alah, print kat rumah je sticker tu. guna printer brother je pun. tapi alhamdulillah, the quality is quite good (xde la sampai ke standard quality printing ngan printer kedai ribu riban tu) but still, it's okay. =) just that it takes so much time to produce one. ade la dalam 5 minit setiap kertas tu. sekarang ni, at 11.43 pm, i still have 40 pieces to go. huahhh, nanges. =(

actually, kena siapkan printing by malam ni sebab esok nak g potong kat skolah ma. sambil2 teman dia buat keje kat skolah. gune paper cutter lagi smooth kan?  

 
i wish to share my project here in pictures but, same reason, internet slow, so mmg langsung tak leh upload. huhu.. inshaallah, once dah okay, i'll upload terus. nak gak, buat kenangan kerajinan diri sendiri in preparing for the big day. hehe. 

by now, harapnya, before balik melaka, boleh siap tampal sticker tu di setiap 500 naskah yassin. inshaallah. ^_^


topik lain, macam mana dapat idea nak bagi yassin?

actually, dah ramai orang buat kan? i find it useful giving something like that to the guests. memang before fikir nak kawen, dah terfikir nak bagi booklet keagamaan kepada para tetamu. sama ada, yassin, matsurat ataupun koleksi surah2 lazim. tapi kena tengok budget la. so far yang ditengok kat mydin tu, yassin is the cheapest and the one i bought ada koleksi doa2 jugak. worth every penny. =)

since kat malaysia ni, muslims memang suka baca yassin, and yassin is very popular on fridays as well as mase org sakit or meninggal or g ke kubur, why not, curi pahala di situ. =) instead of habiskan duit beli makanan semata, baik invest sikit untuk pahala. inshaAllah. tapi still depend on pandangan orang la. ade yang tak suka bagi benda2 macam ni sebab ada alasan tersendiri. =) depends la kan.. lagipun, my parents supported the idea of giving yassin booklet. nak galakkan orang lazimi bacaan yassin everyday jugak sebenarnya. bukan pada masa2 tertentu je. hehe. so, why not bekalkan one each. boleh letak kat dalam kereta and baca bila perlu kan? 

selain dari yassin booklet tu, inshaAllah, akan ada jugak benda lain yang akan diberikan. have some in my mind, tapi akan share later. inshaallah.. ^_^



Monday, December 17, 2012

canopy + catering

Assalamualaikum wbt

yes, as the title goes, we (as in mama and I) are working so hard to find suitable canopy and catering.

kalau boleh nak cari catering yang ade pakej dengan canopy. tapi kat kuala krai ni, sangat susah nak cari yang macam tu. ma cakap, biasanya orang kuala krai ni, hire caterer and canopy differently. itu tak kire lagi kerusi meja. part kerusi meja kena sewa dengan MDKK (Majlis Daerah Kuala Krai). Erk, tak ke haru? 3 places kena g cari. xmau xmau..

nak cari yang ade those in 1. maksudnye just deal ngan 1 vendor je. tak perlu nak deal ramai2. ala, macam kat KL, macam kat Melaka tu.. i know, i need to put a picture here tapi the internet connection here is so annoying thus i dare not to test my patience. haha.. will upload them when i'm back to tebong. sementara tu, bace je lah post pictureless ni. =P

and hasil pencarian so far, dapat disimpulkan, memang super duper mahal if nak hire satu2. canopy + catering + kerusi meja. huhuhu..

canopy dalam rm350 satu. satu je tau.. penah jumpa tak orang guna 1 canopy saje??
catering setakat ni yang tahu quotation harga rm8.50 per pax 
and kerusi meja sila rujuk link MDKK ini. 

huahh, rasa macam tak mau kawen pun ade dah ni. xpun, kawen senyap2 je. hebah melalui fb je.. hehe. aci x? ok2. gurau je. en tunang pantang kalau asyik cakap takmau kawen. nanti kena bebel free. =P actually we still have ample time kalau nak cari lagi. inshaallah, doakan semoga Allah permudahkan urusan kami..


Wednesday, December 12, 2012

Bridal confirmed

Assalamualaikum wbt

Finally, dah pilih bridal. Alhamdulillah. Lega rasanya. and memang bridal tu menepati ras dan yang penting murah berbanding yang lain. Tapi tak ambil pun pakej yang paling murah. Amik pakej yang 'up' sikit sebab pegi ngan ma. Biasa la, bak kata kawan2, kalau deal ngan parents kite, memang kita tak kan dapat berjimat sangat.. hehe. tak pe lah. anak sulung. lagipun, memang tak lebih dari budget saya. huh, seriously lega sebab 1 item dalam checklist dah boleh padam. cuma, kena doa supaya bridal tu tak buat perangai la. Inshaallah. Semoga Allah mudahkan urusan kami.


Now, misi jahit baju akad nikah plak. err, tapi bukan saya yang jahit. hehe. Yang bagusnya, dah deal dengan bridal tu nak mintak tolong dia belikan kain and dia pun dah bgtau tukang jahitnye. So, kena cari balik design baju akad nikah sebab nak tukar design. Nak amik design yang lagi decent sikit. Tak pe la tak up-to-date pun asalkan tak bawak masuk neraka. hehe..=P 

Sekarang ni nampak everything goes well. setakat ni lah. dugaan lepas ni tak tahu lagi. tapi harapnya, Allah will always show us jalan yang syarie untuk our walimah nanti. tak nak jadi permulaan yang tak elok. inshaallah. Ape- apa pun keputusan nak buat, kena tengok islamik ke tak. hehe.. =)