Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Wednesday, February 27, 2013

Surreal



surreal bila tengok nama sendiri sebagai nama pasangan kat online borang nikah. =P

My Future Home..

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah encik tunang dah dapat rumah sewa yang a bit besar for both us nanti. and corner lot plak tu. siap ada pokok mangga lagi. hihi, yang penting, dah terus terang dengan encik tunang yang i memang malas and tak suka berkebun, bercucuk tanam, merumput dan ape2 sahaja verbs ( perbuatan =P) yang melibatkan pengeluaran peluh dan tangan yang kotor. hehe.. so, sila2 lah  faham.

ni hasil terjahan rumah bersama dengan my housemate last Saturday. =)





semoga menjadi syurga kecil yang membawa kepada syurga yang besar dan abadi. aameen.


Wordless Wednesday #1



For Him...

Assalamualaikum wbt


Hihihi, ini bukan rahsia lagi. These are some of the gifts i'm going to give to my future other half. Untuk orang yang sedang blur (OH, I DID!!!) untuk bagi ape kepada your encik Him, you may get some ideas from here.


hantaran, sila beratur now!!!



1. Sepasang kasut  - errr, warna putih u ollsss... bile ntah dia nk pakai pun xtau. =P
2. Seutas jam - putih jugak.
3. Sehelai baju kemeja - hitam
4. Sehelai seluar slack panjang - hitam
5.  2 buah buku - Aku Terima Nikahnya by Ust Hasrizal & Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps by Allan and Barbara Pease
6. 1 set wallet and belt


ni baru separuh. another half takde lagi sebab sumenye makanan and sireh. hihi..

so, bagi sape tak de idea tu, boleh lah bagi benda2 yang memang common orang bagi. Actually, macam pelik kalau tak tau nak bagi ape kan? sebab there are so many things to give. kalau kaya, dah lama dah bagi encik him ni kereta n rumah.. hahaha =P

Currently working....

Assalamualaikum wbt


Yes, I'm currently working on these....




oh, apekah ini? hahaha. mungkin ada yang tanya sebab gambar memang ala2 cuba teka siapa saya kan?

ini ialah segunung paper bags for doorgift nanti. yes, first appearance. red in colour. hehe.. memang warna tema kawen saya ade macam- macam ada =P


berjaya membuat 50 in 5 days. do i sound pretty productive this week? hehe.. untuk B2B yang perasan busy macam saya ni, yes, i do sound productive. =P


btw, ni hanya picisan je. kat rumah dah siap 400 ++. leave me more or less 150 pieces to go. inshaallah, semoga Allah memberi keberkatan masa. =)


Monday, February 25, 2013

To-d0 list

Assalamualaikum wbt..


Nak list down benda2 yang tak siap/ tak start buat lagi/ tak beli lagi...


LAGI 95 HARI..


1. doorgift paper bags - need another 100 ++

2. baju bertandang

3. guestbook

4.  hiasan hantaran

5. veil/ tudung for akad nikah

6. jubah untuk dipakai selepas majlis

7. bunga pahar

8. kad kawen and banner

9. cop nama both of us

10. TQ tag


Tuesday, February 19, 2013

SBM : Matlamat Perkahwinan

Assalamualaikum wbt 


Punya la rindu sangat nak menaip sampai dua entries for today. padahal esok ade observation by GB. =P

Nak cerita pasal SBM ataupun Seminar Baitul Muslim. 

SBM ni dianjur oleh One Heart Creative Solution. and I really recommend la pada B2B yang nak kawen untuk attend seminar ni. Yang dah lama kawen pun boleh. It's more than kursus kawen yang kita attend tu. dan penceramah dia memang yang berpengaruh and glamour kat malaysia ni seperti Ust Pahrol Md Juoi, Ust Zaharuddin, Tuan Amin Idris. Wardina pun ade. 

Seminar ni dia kembalikan balik matlamat kenapa kita kawen. kepada manusia species saya yang ske go with the flow ni, seminar ni memang bermanfaat sangat. sebelum ni tak pernah secara serius fikir kenapa aku nak kawen and merasakan yang kawen ni just part of life and lebih kepada takut untuk jadi anak dara tua. tapi subhanallah, ble pegi seminar ni, Allah bagi hidayah untuk faham the real fact of getting married. bukan main2. semuanya untuk cari keredhaan Allah. and keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. and nak cari keredhaan suami, rupanya bukan senang. mungkin untuk perempuan yang ske memberontak macam saya ni. hehe. tapi natijah kepada redha suami itu ialah SYURGA. nape susah? sebab kite nak cari redha dengan another species manusia yang Allah cipta sangat berbeza dengan kita. Allah cipta lelaki perempuan banyak beza. fizikal, mental, emosi. hmmm... mse mula2 dengar memang takut especially bila ade slot pasangan cerita tentang their married life. tapi seronok dengar pengalaman mereka sebab ade pahit manis. and that colours life kan? solusinya atau resepi bahagia hingga ke syurga ialah, mendekatkan diri dengan Allah. sebab Allah yang jaga kita. Allah yang jaga orang yang kita sayang. Allah yang menentukan hidup kita macam mana. He knows everything. Doa banyak2 pada Dia supaya Dia jaga rumahtangga kita dari gangguan syaitan. 

banyak benda lagi yang belajar tp tak tahu cmne nk explain kat sini. hehe. but one of the things yang melekat kat fikiran ni ialah, syurga isteri terletak pada kaki suami dan neraka suami terletak pada kaki isteri. rsenya ramai yang dah fhm frasa pertama tu kan? yang kedua tu, mungkin xramai yang penah dengar. hehe. so, kalau nak masuk syurga sama2, kena la isteri jaga aurat sebab itu yang paling mudah/common menjadi penyebab suami kena tarik masuk neraka. huhu, kena sempurnakan tutup aurat lagi la lepas ni..


stop sini dulu.. inshaallah will come later when Allah grants me time and ideas

100 Days =)

Assalamualaikum wbt 

Sangat rindu nak update post. Sebelum cuti and after CNY holidays memang a bit busy. Huhu..
100 days to go.. erk, macam tak caya je lagi 100 hari nak jadi wife kepada encik tunang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan rahmati usaha parents and family kami ke arah pembinaan rumahtangga kami. So, lagi 100 hari, jom tengok ape yang dah settle or yang tak setel lagi.  =P


DRESS NIKAH : kalau kira dah siap dah. Tapi bila g fitting balik, ergghhhh, guess what? Baju tu tak muat. Hahaha. Dua2 salah. Salah tailor sebab dia kecikkan ukuran tapi nasib baik dia ade simpan 3 inci lagi kot2 tak muat (memang tak muat pun) so, dia akan besarkan. Nanti balik cuti nun baru g amik and try fitting balik. Hopefully that time dah muat laa.. second is memang salah diri sendiri.. sebab bahagia sangat makannya. Huhu.. selera memang naik and memang terkejut ble latest timbang, berat nak smpai 5 kg.. =( now, memang dah Nampak tembam, smpaikan bila jogging pun, pipi ikut ‘jog’ skali. Nangessss



DOORGIFT : paperbags are still in progress. Rasenye ade dalam 50 pcs lagi nak buat. Thanks to my beloved sister yang memang sangat ringan tulang and bahagia tolong saya. May allah bless you adik sayang. Hadiah doorgift pun dah ade. Yeay, sangat sayang abah sebab dia bayarkan semua doorgift tu. Seronok sangat. Save rm 569. Haha. Terharu sangat. Semoga abah dimurahkan rezeki berjuta million lemon kali ganda. Cuma nk beli kismis je. Yang tu pun ma yang sponsor. Huhu.. syukur lagi. Thanks juta juta million durian for ma. Oh, i’m indeed blessed with great family, right?? Bahagia..


HADIAH HANTARAN : Alhamdulillah, yang ni semua dah lama setel dah. Cuma tak gubah je lagi. Gubah2 ni masalah sangat bg i. Sebab tak creative. Huhu..


SEMINAR BAITUL MUSLIM : maybe ramai tak tau ape baitul muslim tu. Baitul muslim tu ialah rumahtangga yang dibina di atas landasan dan syariat islam. Alhamdulillah, attended. Will review about this and share sedikit sebanyak ilmu yang dapat.


CATERING : dah booked. Cuma ma kata dalam 2minggu before majlis kena bgtau nak menu ape.


OP: yang ni abah cari. Tak tahu service mcm mana. I guess bukan yang professional lah. Kawan abah. Tapi i’m ever so grateful. Sebab tak yah susah2 cari. Abah dah ade. Oh ye, photog for post wedding pun dah ada. Iaitu bakal adik ipar =P tapi bukan adik bakal suami. Tapi bakal suami adik saya (aameen, semoga jodoh korang sampai jinjang pelamin and next, ke syurga.)


PERSIAPAN MENTAL: wah, ini pun include gak ke? Eh, haruslah. Majlis tu sehari je tapi yang nak hidup bersama si dia tu lama (inshaallah kalau panjang umur). Kalau ikut input dari SBM (seminar baitul muslim) tu saya sebenarnye tak de la ready sangat lagi. Tapi orang kata, kalau tunggu ready, memang takkan ready sampai bila2. Tapi inshaallah, semoga Allah memberi kesabaran dan toleransi yang tinggi kepada sy nanti. Yelah, nak hidup dengan spesies berlainan jantina ni memang susah. Bak kata John Gray “Men are from Mars and Women are from Venus”. We are from different planets. Cara pemikiran lain, cara hidup lain. Kalau pmpuan pun kite kdang2 tak faham, apetah lagi lelaki ni. So, kunci yang paling berharga ialah sabar. Kata panelis walau selama mana kita bercinta dengan pasangan sebelum kawen, mesti ada juta million yang kite tak tahu. So, better takyah tau perangai dia cmne, so that tak de expectation. Hehe. And tendency untuk expect the worst of him is easier. Kalau expect lps kawen akan terus hdup happily ever after without bumps, memang dongeng habis. Alhamdulillah, lps attend SBM tu, memang terfikir balik matlamat perkahwinan ni. Inshaallah will blog about it soon. =)

PERSIAPAN FIZIKAL : sedang gigih jogging walaupun baru sehari buat.. =P

KAD KAWEN: ha, yang ni memang tak tahu status camne. dah g tempah tp vendor tu masih tak call or email draft. rasenye sebab majlis lambat lagi kot walaupun kami nak amik bulan 3 nanti. inshaAllah, encik tunang will follow up.

BAJU FAMILY : Finally dah decide, ma nak warna purple belacan. warna trend masa kini katanya.. haha. another good news, kain dah beli and now tunggu nak g jahit je. kami, sekeluarga je yang pakai baju warna sama kot. extended family free style. hahaha

BAJU BERTANDANG : Sadly, this one tak nampak rupa lagi. Bakal mak mertua dah belikan tapi encik tunang plak yang lupa nak bawak datang Melaka. so, takleh jahit lagi. hopefully masih ade masa. oh yes, design pun tak tau lagi. bertuah sangat kan? haha

HONEYMOON: xtau lagi. rasenye tak de kot. atau pun just g je mana2 kejap. alah, asal ngan husband, itu dah kire honeymoon kan? =P lagipun, after we get married, terus dok sama2. takde PJJ. inshaallah. 

BAKAL ISTANA : Inshaallah, encik tunang dah jumpa our small bakal istana. dia akan masuk dalam bulan 3 nanti. semoga boleh membina rumah yang persis syurga. walau kecil tapi membahagiakan dan dirahmati. aameen


so far, yang ni dulu boleh fikir. akan update lain when i have time. =)







Tuesday, February 5, 2013

Warna Tema

Assalamualaikum wbt..


Huh, menakutkan rupanya bila ade ticker kat atas tu.. Makin lama makin kurang masa dia.. hehe.. lerrr, namanya pun countdown kan? =P

Actually menakutkan sebab persiapan semua ke laut.. haha.. banyak lagi tak buat ni. Now, tema masih takde lagi. haish, seriously tak tahu nak warna ape.. bukan takde langsung in mind. ade je but it't too much.. kalau banyak sangat nanti jadi tema belasah sajo..

huhu, tapi sekarang ni, tengah gila ngan barang warna2 baby pink and green turquoise. sesuai tak agak2?? ke dah out of date eh?


Monday, February 4, 2013

Update Paper Bags

Assalamualaikum wbt...



Saje je nak jengah2. Sudah berjaya buat paper bag sebanyak 30 keping, sepanjang sabtu and ahad lepas.. hahaha... =P sangat tak productive.. kikiki