Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Sunday, December 30, 2012

Beli barang hantaran

Assalamualaikum wbt..


Dah lama tak update blog ni. Err, it doesnt mean i've stopped doing the preparations, tapi more to getting ready for school untuk dibuka. So, persiapan stop kejap kot. Tapi betul ke stop? tak kot. selagi tak lepas majlis, lagi tu lah akan buat. kalau tak banyak pun, sikit2. 

Semalam (29.12.2012) sempat la pegi shopping2. kat KL tu. Rela naik train dari Sg Gadut sampai ke KL Sentral untuk pegi ke Sogo and Mid Valley. Berbaloi la sebab banyak barang dah dapat. tinggal 2,3 barang lagi je. =D and i'm vey happy sebab finally dapat barang2 idaman. Thanks to You- Know- Who.

So, barang2 yang dapat semalam.
1. Seluar Slack encik tunang
2. Buku2 agama encik tunang
3. handbag and purse kesukaan saya
4. Set Pewangi kesukaan encik tunang untuk saya
5. buku agama untuk saya. 

Tapi pokai rase kejap. hehe. Syukur ade bonus akhir tahun ni, boleh la habiskan beli barang2 tu. So, it's one more day to New Year 2013.. semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini. Inshaallah..

Wednesday, December 19, 2012

Al- kisah 'abang'

Assalamualaikum wbt

Hari ni saya memang sangat bengang dengan 'abang' saya.. for all these time, i've been so good to him. sangat bagus kot. tak penah nak kacau, tak penah nak suruh wat keje. now, bagi keje sikit je, dah buat perangai... xmau jalan, siap gumpal2 kan kertas lagi. aaaaaa, i hate you soooooo much, PRINTER BROTHER..


huhu =( nangis la.. banyak lagi stickers tak siap print ni.. benci anda printer.

Dress Nikah

Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, another achievement for today, DRESS NIKAH DAH DITEMPAH. hehe

Alhamdulilah 3x. wah, bunyi macam grand je kan? don't be. biasa2 je. tak de la amik tailor glamour pun. tempah ngan orang kampung je. nak jahit sendiri tak mampu. nak jahit baju koyak pun terketar2. ni kan pulak nak jahit dress nikah. =P

Tapi macam takut plak tempah and diukur badan awal2 sebab takut mengembang lagi. huwaaa, nak kurus. pengantin mane la tak mau look good mase wedding dia kan? me too. nak look good and kurus sikit. takmau nampak lemak merata2. hadehhh.. abah cakap ade mase beberapa bulan ni, usaha la sikit. huhu. yelah. usaha boleh. tapi takut tak cukup usaha nak elakkan food.. ma, boleh tak nak kurus in a blink of eyes.?? haha, dream on la kan. =P

Tak kisah lah.. bebel2 kat sini pun tak guna kalau tak usaha betul2 kan? yosh!!! ke arah tubuh badan  yang lebih kurus, sihat dan cergas.. =D 

Canopy + Catering lagi...

Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah yang Maha Besar. =) Happy sangat sebab dah dapat caterer +  canopy + meja kerusi. ALL IN ONE. hehe.. and dah terus book. Harga pun memang bagi saya, tak mahal. means, less than RM10 per pax. Wah, sangat tak sangka kat Kuala Krai pun ada. Boleh tidur dengan aman now. =D


so, check balik checklist yang due datenye 24/12/2012

1. borang nikah - abah kate nak amik, xamik2 lagi. huhu

2. Survey and book bridal - CHECKED

3 Caterer - Alhamdulillah CHECKED jugak =D

4 Theme colour - Dah ada dah. Ma pun dah pilih warna family. CHECKED 


Alhamdulillah after 10 days tinggal 1 je yang tak setel. hehe..

Rasanye so far everything is on track. tapi tak leh tarik nafas lega selagi tak kawen. hehe.. syukur alhamdulillah sebab part yang besar2 dah 1/4 setel. 


sekarang ni, gaji pun dah dapat + bonus, boleh la beli doorgift yang lain2 plak. inshaAllah. 


Tuesday, December 18, 2012

Personalized Yassin

Assalamualaikum wbt


Projek sekarang ini ialah membuat doorgift. hehe. apesal awal sangat ni? =P

no lah, i don't think it's too early since lepas ni dah tak payah fikir nak siapkan doorgift yang banyak tu. plus, tak payah nak mintak tolong ramai orang siapkan before majlis. 

so, project pertama ialah personalizing yassin booklet. wah, macam grand je kan? haha. bukan lah.  bukannye buat macam yang orang commercialize tu, tapi just tampal2, a piece of paper thanking people who'll be coming. tapi biasa lah, masih perlukan designing process. tapi alhamdulillah, sekarang dah phase printing pun. meaning that designing tu dah setel. zillion thanks to en. tunang for designing the thank-you sticker, for keeping up with my fussiness (yes, i'm very hard to deal with =P  ), and for changing it thousand times (alright, am exaggerating! takde la sampai thousand kan?). 

malam ni, by hook or by crook, kena siapkan printing ni. alah, print kat rumah je sticker tu. guna printer brother je pun. tapi alhamdulillah, the quality is quite good (xde la sampai ke standard quality printing ngan printer kedai ribu riban tu) but still, it's okay. =) just that it takes so much time to produce one. ade la dalam 5 minit setiap kertas tu. sekarang ni, at 11.43 pm, i still have 40 pieces to go. huahhh, nanges. =(

actually, kena siapkan printing by malam ni sebab esok nak g potong kat skolah ma. sambil2 teman dia buat keje kat skolah. gune paper cutter lagi smooth kan?  

 
i wish to share my project here in pictures but, same reason, internet slow, so mmg langsung tak leh upload. huhu.. inshaallah, once dah okay, i'll upload terus. nak gak, buat kenangan kerajinan diri sendiri in preparing for the big day. hehe. 

by now, harapnya, before balik melaka, boleh siap tampal sticker tu di setiap 500 naskah yassin. inshaallah. ^_^


topik lain, macam mana dapat idea nak bagi yassin?

actually, dah ramai orang buat kan? i find it useful giving something like that to the guests. memang before fikir nak kawen, dah terfikir nak bagi booklet keagamaan kepada para tetamu. sama ada, yassin, matsurat ataupun koleksi surah2 lazim. tapi kena tengok budget la. so far yang ditengok kat mydin tu, yassin is the cheapest and the one i bought ada koleksi doa2 jugak. worth every penny. =)

since kat malaysia ni, muslims memang suka baca yassin, and yassin is very popular on fridays as well as mase org sakit or meninggal or g ke kubur, why not, curi pahala di situ. =) instead of habiskan duit beli makanan semata, baik invest sikit untuk pahala. inshaAllah. tapi still depend on pandangan orang la. ade yang tak suka bagi benda2 macam ni sebab ada alasan tersendiri. =) depends la kan.. lagipun, my parents supported the idea of giving yassin booklet. nak galakkan orang lazimi bacaan yassin everyday jugak sebenarnya. bukan pada masa2 tertentu je. hehe. so, why not bekalkan one each. boleh letak kat dalam kereta and baca bila perlu kan? 

selain dari yassin booklet tu, inshaAllah, akan ada jugak benda lain yang akan diberikan. have some in my mind, tapi akan share later. inshaallah.. ^_^



Monday, December 17, 2012

canopy + catering

Assalamualaikum wbt

yes, as the title goes, we (as in mama and I) are working so hard to find suitable canopy and catering.

kalau boleh nak cari catering yang ade pakej dengan canopy. tapi kat kuala krai ni, sangat susah nak cari yang macam tu. ma cakap, biasanya orang kuala krai ni, hire caterer and canopy differently. itu tak kire lagi kerusi meja. part kerusi meja kena sewa dengan MDKK (Majlis Daerah Kuala Krai). Erk, tak ke haru? 3 places kena g cari. xmau xmau..

nak cari yang ade those in 1. maksudnye just deal ngan 1 vendor je. tak perlu nak deal ramai2. ala, macam kat KL, macam kat Melaka tu.. i know, i need to put a picture here tapi the internet connection here is so annoying thus i dare not to test my patience. haha.. will upload them when i'm back to tebong. sementara tu, bace je lah post pictureless ni. =P

and hasil pencarian so far, dapat disimpulkan, memang super duper mahal if nak hire satu2. canopy + catering + kerusi meja. huhuhu..

canopy dalam rm350 satu. satu je tau.. penah jumpa tak orang guna 1 canopy saje??
catering setakat ni yang tahu quotation harga rm8.50 per pax 
and kerusi meja sila rujuk link MDKK ini. 

huahh, rasa macam tak mau kawen pun ade dah ni. xpun, kawen senyap2 je. hebah melalui fb je.. hehe. aci x? ok2. gurau je. en tunang pantang kalau asyik cakap takmau kawen. nanti kena bebel free. =P actually we still have ample time kalau nak cari lagi. inshaallah, doakan semoga Allah permudahkan urusan kami..


Wednesday, December 12, 2012

Bridal confirmed

Assalamualaikum wbt

Finally, dah pilih bridal. Alhamdulillah. Lega rasanya. and memang bridal tu menepati ras dan yang penting murah berbanding yang lain. Tapi tak ambil pun pakej yang paling murah. Amik pakej yang 'up' sikit sebab pegi ngan ma. Biasa la, bak kata kawan2, kalau deal ngan parents kite, memang kita tak kan dapat berjimat sangat.. hehe. tak pe lah. anak sulung. lagipun, memang tak lebih dari budget saya. huh, seriously lega sebab 1 item dalam checklist dah boleh padam. cuma, kena doa supaya bridal tu tak buat perangai la. Inshaallah. Semoga Allah mudahkan urusan kami.


Now, misi jahit baju akad nikah plak. err, tapi bukan saya yang jahit. hehe. Yang bagusnya, dah deal dengan bridal tu nak mintak tolong dia belikan kain and dia pun dah bgtau tukang jahitnye. So, kena cari balik design baju akad nikah sebab nak tukar design. Nak amik design yang lagi decent sikit. Tak pe la tak up-to-date pun asalkan tak bawak masuk neraka. hehe..=P 

Sekarang ni nampak everything goes well. setakat ni lah. dugaan lepas ni tak tahu lagi. tapi harapnya, Allah will always show us jalan yang syarie untuk our walimah nanti. tak nak jadi permulaan yang tak elok. inshaallah. Ape- apa pun keputusan nak buat, kena tengok islamik ke tak. hehe.. =) 


Tuesday, December 11, 2012

Of GA by AAWD and my dream

Assalamualaikum wbt..


A simple entry about my dream 
(yeah, a just-found dream =P)



A simple me, would just dream for a simple yet memorable wedding ceremony


~hand bouquet impian~

simply extravagant 




~guestbook & photobooth idaman~

simply eye and heart catching



~pelamin2 anganku~

simply elegant



 yes, those are in my dream list


if you have the same dream like mine


check this link out


amaran: hati anda mungkin terpikat dan meronta-ronta mahukan semua itu. 
mata pun mula merambang.. 


Cik Mila a.k.a owner of Azmah Ahmad Wedding Deco & Events will definitely assist and help you realize your dream. 

mini dais, handbouquets, photobooths, guestbooks, entrance deco are just a click away



so, here is a chance, 

one of the steps closer to your dream wedding, 

join her GA.


hadiah?? 

simply majestic HAND BOUQUET will be in your hand on your simply beautiful day   


oh, who doesn't like freebies, bebeh?? no sweats tau..




oh ye, sebelum berakhir, sapa2 yang tak like lagi tu, sila lah like page beliau, banyak fresh ideas for brides to consider plus, she's having the year end promo. grab now before it lasts. cheers!!




p/s: thank Cik Mila for the contest. ^_^


*done* 




Monday, December 10, 2012

Survey Bridals

Assalamualaikum wbt

Yosh, kembali lagi dengan semangat waja nak kawen. hehe..

Finally, sudah berjaya pergi survey 2 bridals kat Kuala Krai nih. Iye, Kuala Krai ni sangat banyak bridals nye lagi banyak dari orang yang nak kawen. huk, exaggerate much!! Ade dua lagi in minds nk pegi. in fact dah pegi pun, but no one was there. i guess, i'll just give them a call or two nak tanya packages they have. 

Basically, antara dua yang dah pegi ni, i opt to the cheapest one. which offers me hiasan pelamin, bilik tidur, make-up, 2 sets of pengantin clothes and 1 roll of pictures. cheapest2 pun, mau RM1k++ tau. huhu.. actually, beza dengan yang mahal is just hiasan bunga- bungaan atau pun berapa panel pelamin pelanggan mau. i just want a simple simple simple one, so, i just go to the cheapest la. itu pun rasa macam mahal jugak. haha, dasar kedekut. err, bukan kedekut tapi berjimat. lepas kawen mau honeymoon UK tu, kena la simpan duit jugak. hehehe. 

tapi macam serba salah plak kan? yelah, amik yng cheapest ntah 2,3 kuntun je dia letak kat situ. huhu. tapi takpe, dah berazam nak tambah bunga-bungaan sendiri. kirenye nak ade personal touch la jugak kan? hehe.. 

but i still dont make the decision sebab ade dua lagi bridals yang nak pegi nanti. lepas tanya-tanya 2 bridals tu baru lah boleh buat perbandingan and pilih which one suit my taste and most importantly, my budget. =)

so, what do i want from the bridal actually?

1. harga murah..(sape tak mau kan??) hahaha
2. pakej dengan pelamin
3. sepersalinan baju (but, usually, bridal will offer 2)
4. hiasan bilik tidur
5. hiasan meja makan

itu je sebenarnye yang nak kalau boleh, yang lain2 tu, kalau xde xpe je.. see, make-up pun xtermasuk dalam list kan?? tapi bridal memang akan provide. kalau xnak, xpe je kot. 


since, bridal memang akan bagi sewakan baju more than one, tibe2 light bulb otak menyala. why not, pakai the other one for outdoor. outdoor tu mungkin akan buat the next day after reception. 

memang plan awal kami just nak pakai sepersalinan je for reception. tak mau sibuk2 tukar2 baju. lagipun reception bukan dari pagi sampai petang kan. so, before ni memang plan akan amik satu je la. tapi since dia dah offer dua, amik je la satu lagi untuk sesi outdoor the next day. hehe. inshaallah, itu plannye la kan.  


hihi.. doakan saya..

Saturday, December 8, 2012

Persedian mental dan rohani

Assalamualaikum wbt

Haish, asyik dok share persediaan majlis perkahwinan je ni. mental and rohani macam mana plak kan? padahal majlis perkahwinan (walimah) tu sekejap je. yang lama adalah perkahwinan itu sendiri. tanggungjawab lepas ni semakin bertambah. hati and maruah untuk dijaga pun semakin bertambah juga. dulu ma and abah sendiri je. in future, ade dia, ibu ayah dia, ma abah sendiri jugak. preparation pun kena semakin mantap la kan. nak jadi cikgu pun amik masa 5 years. apetah lagi kalau nak  jadi isteri solehah kan? yang darjatnya di akhirat sebagai ketua bidadari. huhu. tinggi tu. 

Now, kena banyak practice untuk sabar (walaupun kesabaran seems semakin menipis), kena banyak  solat sunat hajat supaya Allah mudahkan urusan walimah dan hidup berumahtangga, kena banyak istikarah semoga keputusan yang dibuat sentiasa betul (abah even suruh solat istikarah nak pilih tarikh akad nikah), kena sentiasa bersifat sederhana, bersyukur dengan apa yang ada. teruskan baca quran everyday, supaya ada ketenangan di saat-saat genting. lepas tu kena berjinak2 balik dengan pakaian yang sopan. hehe.. en.tunang bagi hint mintak pakai stokin, sarung lengan and tudung labuh. so, kena practice balik mulai dari sekarang. semoga Allah masih mahu memberi kekuatan untuk berubah ke arah kebaikan. perangai pun dah kena insaf2 sikit. 

wah memang banyak nak kena prepare untuk perkahwinan ini. bukan setakat secara majlisnya sahaja tapi juga yang paling penting, kehidupan dan peribadi selepas itu. huh, berat2. tapi inshaallah, dengan doa, pasti Allah akan bantu, kan? 

semoga berjaya menjadi menyejuk mata kepada encik suami kelak. 


” Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak pinak kami, penyejuk mata kami. Dan jadikanlah kami penghulu bagi orang-orang bertaqwa.”



To-do List by January

Asssalamualaikum wbt..

saje- saje nak note down to-do-list sekarang

Due date : Before 24/12/2012

1. Amik borang nikah

2. Survey and book bridal 

3. Pilih caterer

4. dah tau tema colour ape

5. get ready MAP untuk tempah invitation card - consider done (sebab jumpa kad kawen jiran - cilok je =P ) 






Thursday, December 6, 2012

Tak Tahu

Assalamualaikum wbt

Huh, hari ni rasa menganggur semacam je. Padahal dah boleh dah kalau nak start buat preparation sikit-sikit kan? Alamak, barang-barang la plak yang takde. Alih- alih, i ended up belek2 magazines pengantin yang ade. Seriously takde idea nak design, tema camne. why la why aku takde dream wedding seumur hidup ni? 25 years of living and i memang tak penah imagine nak wedding yang macam mane. huhu, agak kesian di situ. oh idea, please come!! 


*termenung*

Btw, tadi pegi la jugak usha2 barang kahwin kat Happy Home di Guchil tuh. mak aiii, mahal sih barang-barang dia. hamba yang kedekut lagi mau berjimat ini surelah tak shopping ape2 lagi kat situ. serba salah nye.. kat Kuala Krai ni takde kedai murah ke? huhu.. 


*nanges*

Wednesday, December 5, 2012

Checklist #1


Checklist copy pasted from ~TINTA~

Inshaallah, this checklist will be updated at least once a month.



1. Calon *PENTING :D - harus la dah ade kan? kalau xde, i wouldn't bother to think about this. 

2. Budget *SAME2 PENTING DGN DI ATAS - Inshaallah, dah ready =)

3. Wang Hantaran/Mas Kawin - Mr. Fiance dah bgtau berapa, tapi i'm not gonna tell you =P
 

4. Tema - 
i want cream + peach (akad nikah) & undecided (resepsi)

5. Kursus Kahwin - 
DONE! two years ago.. hahaha

6. Tempah Tok Kadi -
 bile tarikh dah decide

7. Kad Kahwin - 
bile tarikh dah decide

8. Jurugambar - 
one of Mr. Fiance's friends. yelah, geng2 photog dia kot! but, we just do shoot and burn

9. Videographer - 
nak!! tapi tak tahu sape lagi.

10. Andaman - 
ntah!! kat Kuala Krai tu ramai sangat vendor. balik nanti nak survey.

11. Make-up Artis - 
takmau make-up bleh?? tak larat nak pakai bulu mata palsu =P

12. Katering - 
most probably (ma abah uruskan kot!!)

13. Khemah - 
haven't discussed yet. 1/1/2013 baru nak discuss ngan ma abah. haha

14. Menu 
yang penting ada labu sira and ayam percik =)

15. Bunga Telur - 
Saqinah cakap tak yah bagi. i second her =D. knowing my mum, i'll just prepare for rombongan lelaki 

16. List Jemputan - 
ramai sangat orang yang nak diajak =P

17. DJ/Emcee - 
plan to hire. p/s: Saqinah, awak nak tak jadi DJ? hahaha.

18. Performance - not in my list. no way!! just lagu2 nasyid and zikir from laptop je.

19. Honeymoon plan - haha. reception tak terplan lagi, apetah lagi honeymoon. haha

20. Dewan/Hotel - kat rumah je.. inshaAllah

21. HIV TEST - 3 months before the big day!!

22. Spa/Saloon - 2 months before the big day

23. Pengapit - tak tahu sape lagi. err, perlu ke??

24. Saksi Akad Nikah - tak tahu lagi

25. Wali - inshaallah, abah la!

26. Barang hantaran - DONE! except for buku2 agama, chocolate and cake

27. Baju sanding - tak tahu lagi. amik pakej dengan dais. tapi satu persalinan je kot.

28. Baju nikah - dah ade design tapi tak bagi tailor lagi

29. Goodies - banyak sangat pilihan. tak tahu nak bagi ape =P

30. Cincin/Gelang/Rantai - DONE!

31. Tempahan bilik hotel - takde!!

32. Diet - haha. susah nak cakap, makin naik ade lah =P

33. Pelamin - xde pelamin2 kot. just simple mini dais for photography session.

34. Kek - Iroh nak sponsor kan?? =P

35. bilik pengantin - tak tahu sape nak hias. but i already bought comforter set. hope ma approve. kalau tak, kena beli baru.  


Written on 17/11/2012

Wedding Theme Colour


Tarikh kawen dah ada.. Alhamdulillah. But, i’m going to blog about this later. Inshaallah

Sejak tarikh dah ade, dah kena semakin serious in making preparations.
 Dah tak boleh nak main2. 
Dah kena serious ngan Mr. Fiancé. Tak leh nak main2 dah ngan dia as in kutuk2 in bulk. haha


bincang- bincang ngan ma nak buat warna tema ape. 
nampaknye memang ada pertelingkahan di situ.
haha, i'm expecting my wedding is more to her favour than mine. 
Bila minat ngan mom tak sama, memang kena banyak sabar and discuss.

ma nak cream + hijau 

while 

i want cream + light pink / white + red

 so, now memang tak tahu nak yang mane satu. pening2. now rasa semua colour nak. hehe

susahkan bila tak penah/tak ada dream wedding ni. sebab semua seem kabur now. takde picture langsung nak macam mane..

bila baca b2b lain punya blog, diorang dah macam ade pictures how they want their wedding to be. 
haku? non hado..

baca majalah pengantin lagi tak membantu sebab it seems that i want everything from the magazine. sangat comel and creatively designed untuk setiap warna tu. 

kan best kalau ade wedding planner yang boleh bagi khdmat nasihat FREE OF CHARGE.. haha. 
dream on la kan. sekarang ni sume nak duit =P even masuk tandas pun need some pennies 

i guess i need to b more rajin untuk google warna-warna yang best for the wedding theme. 

from the reading for here, warna2 for next year is warna2 masam.
 err, i'm suck in the knowledge of colours. i don't even know warna masam exist. 
macam food plak. haha. 

perihal nak pilih colour, kena sesuai jugak ngan Mr. Fiance. kalau i, inshaallah takpe sebab warna kulit sesuai dengan any colour. Mr. Fiance mungkin difficult sikit. huhu. tak mau la pentingkan diri sendiri. takkan nk choose colours yang boleh buatkan dia 'tenggelam'.. xmau2

pening pulak bila fikir kan? boleh tak buat colour random je? senang citer. =P

Moving Entries

Assalamualaikum wbt and good day lovelies..

since there are few posts dedicated to wedding preparations in ~TINTA~ 

i decided to move everything here. so, please expect some "copy paste"-ing activity in the next entries, k? 
  

Opening Speech

Assalamualaikum wbt..

haha, sangat straight forward title and URL blog ni kan?

saje nak dedicate this blog to my wedding preparations. mesti sangat banyak nak prepare.

so, let's enjoy every moment of preparations. 

^_^