Daisypath Friendship tickers
Daisypath Wedding tickers

Tuesday, February 19, 2013

100 Days =)

Assalamualaikum wbt 

Sangat rindu nak update post. Sebelum cuti and after CNY holidays memang a bit busy. Huhu..
100 days to go.. erk, macam tak caya je lagi 100 hari nak jadi wife kepada encik tunang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami, murahkan rezeki kami dan rahmati usaha parents and family kami ke arah pembinaan rumahtangga kami. So, lagi 100 hari, jom tengok ape yang dah settle or yang tak setel lagi.  =P


DRESS NIKAH : kalau kira dah siap dah. Tapi bila g fitting balik, ergghhhh, guess what? Baju tu tak muat. Hahaha. Dua2 salah. Salah tailor sebab dia kecikkan ukuran tapi nasib baik dia ade simpan 3 inci lagi kot2 tak muat (memang tak muat pun) so, dia akan besarkan. Nanti balik cuti nun baru g amik and try fitting balik. Hopefully that time dah muat laa.. second is memang salah diri sendiri.. sebab bahagia sangat makannya. Huhu.. selera memang naik and memang terkejut ble latest timbang, berat nak smpai 5 kg.. =( now, memang dah Nampak tembam, smpaikan bila jogging pun, pipi ikut ‘jog’ skali. Nangessss



DOORGIFT : paperbags are still in progress. Rasenye ade dalam 50 pcs lagi nak buat. Thanks to my beloved sister yang memang sangat ringan tulang and bahagia tolong saya. May allah bless you adik sayang. Hadiah doorgift pun dah ade. Yeay, sangat sayang abah sebab dia bayarkan semua doorgift tu. Seronok sangat. Save rm 569. Haha. Terharu sangat. Semoga abah dimurahkan rezeki berjuta million lemon kali ganda. Cuma nk beli kismis je. Yang tu pun ma yang sponsor. Huhu.. syukur lagi. Thanks juta juta million durian for ma. Oh, i’m indeed blessed with great family, right?? Bahagia..


HADIAH HANTARAN : Alhamdulillah, yang ni semua dah lama setel dah. Cuma tak gubah je lagi. Gubah2 ni masalah sangat bg i. Sebab tak creative. Huhu..


SEMINAR BAITUL MUSLIM : maybe ramai tak tau ape baitul muslim tu. Baitul muslim tu ialah rumahtangga yang dibina di atas landasan dan syariat islam. Alhamdulillah, attended. Will review about this and share sedikit sebanyak ilmu yang dapat.


CATERING : dah booked. Cuma ma kata dalam 2minggu before majlis kena bgtau nak menu ape.


OP: yang ni abah cari. Tak tahu service mcm mana. I guess bukan yang professional lah. Kawan abah. Tapi i’m ever so grateful. Sebab tak yah susah2 cari. Abah dah ade. Oh ye, photog for post wedding pun dah ada. Iaitu bakal adik ipar =P tapi bukan adik bakal suami. Tapi bakal suami adik saya (aameen, semoga jodoh korang sampai jinjang pelamin and next, ke syurga.)


PERSIAPAN MENTAL: wah, ini pun include gak ke? Eh, haruslah. Majlis tu sehari je tapi yang nak hidup bersama si dia tu lama (inshaallah kalau panjang umur). Kalau ikut input dari SBM (seminar baitul muslim) tu saya sebenarnye tak de la ready sangat lagi. Tapi orang kata, kalau tunggu ready, memang takkan ready sampai bila2. Tapi inshaallah, semoga Allah memberi kesabaran dan toleransi yang tinggi kepada sy nanti. Yelah, nak hidup dengan spesies berlainan jantina ni memang susah. Bak kata John Gray “Men are from Mars and Women are from Venus”. We are from different planets. Cara pemikiran lain, cara hidup lain. Kalau pmpuan pun kite kdang2 tak faham, apetah lagi lelaki ni. So, kunci yang paling berharga ialah sabar. Kata panelis walau selama mana kita bercinta dengan pasangan sebelum kawen, mesti ada juta million yang kite tak tahu. So, better takyah tau perangai dia cmne, so that tak de expectation. Hehe. And tendency untuk expect the worst of him is easier. Kalau expect lps kawen akan terus hdup happily ever after without bumps, memang dongeng habis. Alhamdulillah, lps attend SBM tu, memang terfikir balik matlamat perkahwinan ni. Inshaallah will blog about it soon. =)

PERSIAPAN FIZIKAL : sedang gigih jogging walaupun baru sehari buat.. =P

KAD KAWEN: ha, yang ni memang tak tahu status camne. dah g tempah tp vendor tu masih tak call or email draft. rasenye sebab majlis lambat lagi kot walaupun kami nak amik bulan 3 nanti. inshaAllah, encik tunang will follow up.

BAJU FAMILY : Finally dah decide, ma nak warna purple belacan. warna trend masa kini katanya.. haha. another good news, kain dah beli and now tunggu nak g jahit je. kami, sekeluarga je yang pakai baju warna sama kot. extended family free style. hahaha

BAJU BERTANDANG : Sadly, this one tak nampak rupa lagi. Bakal mak mertua dah belikan tapi encik tunang plak yang lupa nak bawak datang Melaka. so, takleh jahit lagi. hopefully masih ade masa. oh yes, design pun tak tau lagi. bertuah sangat kan? haha

HONEYMOON: xtau lagi. rasenye tak de kot. atau pun just g je mana2 kejap. alah, asal ngan husband, itu dah kire honeymoon kan? =P lagipun, after we get married, terus dok sama2. takde PJJ. inshaallah. 

BAKAL ISTANA : Inshaallah, encik tunang dah jumpa our small bakal istana. dia akan masuk dalam bulan 3 nanti. semoga boleh membina rumah yang persis syurga. walau kecil tapi membahagiakan dan dirahmati. aameen


so far, yang ni dulu boleh fikir. akan update lain when i have time. =)







0 comments:

Post a Comment

Thank You !!